header

header

Thursday, 11 December 2014

PEDOPHILIA - Penting


Pedophilia - Semua ibu bapa patut TAHU!


Ok topik hari ni serius sikit.

Sebab memang semua parents amat perlu ambik tahu pasal ni.

Dan aku sebenarnya dah agak lama jugak nak tulis pasal benda ni.

Cuma asyik bertangguh dan ambik masa.

Sebab kita ni, kalau nak tulis sesuatu yang untuk bahan rujukan orang lain,

kita sendiri kena buat banyak rujukan dulu.

Betoi? 




PEDOPHILIA.

What is pedophilia?




Pedophilia atau pedophile,

adalah satu spesis manusia yang rare.

Diorang ni kalau tengok budak-budak,

akan timbul rasa SEXUALLY attracted.

Rasa STIM.




Scary kan?

Scary gila.




Sebenarnya kat Malaysia ni, ada golongan pedophile ini.

Memang ada dan memang wujud.




Cuma,

kesedaran kita ibu bapa di Malaysia terhadap gejala pedophilia ni amat sikit cikedis.

Cuba pergi randomly tanya mana-mana parents kat luar sana,

"Apa itu pedophilia?"




80% daripada mereka mesti ingat pedophilia tu nama kuih ke nama pokok ke apa. 

-______-




Most of us tak aware pasal ni.

Dan bila tak aware,

kita tak faham kenapa terlalu banyak kes penculikan budak,

kes budak hilang, pergi playground tak balik-balik,

kes budak pergi beli kuih last-last kena rogol dengan pak guard dalam pondok guard,

kes budak lelaki 5 tahun kena liwat berulang kali tapi tak cakap apa-apa sebab ingat benda tu normal,

kes cikgu sekolah rendah perkosa murid, kes bayi diliwat, etc. 




Bila baca kes-kes macam ni, kita sedih tapi KITA TAK FAHAM.

Tak faham how can all this happen. 

Kenapa ada orang-orang yang pelik lahanat camtu perangai.

Kerja asyik nak attack budak je. 




Itulah dia--

PEDOPHILES.




Pedophiles ialah the scariest kind of human-being yang ada extremeeee sexual imagination towards kids.

Diorang ni ada point-of-view yang berbeza bila tengok kids,

tak macam orang-orang normal yang lain.




Scary kan?

U don't say ini semua tak lojik. Tak masuk akal, etc.

Pedophile always see kids sebagai pemuas nafsu.

That's it. 




So apa yang kita boleh buat?

Itu persoalannya sekarang.




Sebab ibu bapa lah yang kena main peranan PENTING.

Kalau bukan mak bapak siapa lagi?

Nak harapkan pak guard protect anak-anak kita, pak guard tu punnnn pedophile.

Cikgu kat sekolah punnnn boleh jadi pedophile. 

-______-




Obviously kita tak boleh ubah these pedophile people.

Kita tak mampu nak azan ke telinga mereka sambil menyeru mereka balik ke jalan yang benar. -..- 

Mereka akan sentiasa mencari kanak-kanak untuk mangsa seterusnya.

Tapi apa yang kita boleh buat ialah,

MINIMIZE THE RISK.




Kurangkan exposure yang tak sepatutnya terhadap anak-anak kita.

Contoh paling mudah,

SOCIAL MEDIA.




FIKIRRR sebelum publish apa-apa gambar anak di social media. 

Ye saya tahu anak awak comel. Telanjang pun comel.

Semua anak pun comel.

Kan?




Tapi jaga privasi mereka.

Anak lelaki mahupun anak perempuan.

Jaga. 




Gambar mandi, gambar tak pakai baju, gambar pakai skirt pendek, gambar terkangkang, gambar tengah change diapers, gambar anak pakai swimming suit, gambar bontot anak,

those photos are high-risk photos.

Pedophiles akan senang attracted dengan gambar kids yang menggeramkan camtu.

Lagi comel lagi geram.

You know what i mean. 




"Ahhh lantak ahhh.

Ni kan anak aku. Facebook aku. Instagram aku. Aku punya suka ahh!!

Comel kott gambar anak aku tengah mandi.

Lagipun FB aku friends tak ramai. Ada family members dan close friends je."




Bare in mind,

pedophilia boleh jadi TANPA KITA SEDAR,

boleh jadi SESIAPA SAJE 

termasuk ORANG-ORANG SEKELILING KITA.




Yes, anak-anak bagi kita mungkin comel. Adorable like hell.

But to pedophiles.

They get SEXUALLY AROUSED.

Beza kan, comel dengan sexually attractive?

Kan? 




Pedophiles ni tak semestinya akan attack depan-depan,

ada jugak pedophiles yang senyap-senyap.

Jenis yang save photos or videos of kids yang geram-geram tu,

and they MASTURBATE and having sexual imagination using the photos.




Sounds insane kan?

Tapi possible. Sumpah possible.

Dan ingat,

walau se-private mana pun social media kita,

it still can be access by public in so many ways.

Nothing is private when it is ONLINE. 




"Ahhh merepek!

Selama ni aku publish gambar bogel anak aku, takde apa-apa jadi pun!"




So kau nak tunggu anak kau hilang dulu,

kena culik dulu,

kena bunuh dulu,

baru nak stop publish la?

Hmm?




Act now.

Mencegah lebih baik dari merawat.

Kan?




These are 11 safety rules

yang parents are encouraged to follow, to avoid our kids dari serangan pedophilia jahanam nih.




1) Never post photos of kids yang tak appropriate. 

Contohnya tengah mandi, tak pakai baju, tengah tidur terkangkang, pakai skirt pendek, etc.

Anak lelaki atau perempuan. Both kena jaga!




2) Never expose specifically lokasi sekolah anak, rumah babysitter anak, tempat anak main, etc.




3) Never post status yang macam,

"Rindu anak mama yang tengah kat rumah babysitter tu. Hari ni mama balik lewat malam sikit ye sayang."




Atau,




"Baru suruh Daniel beli telur kat kedai runcit kat depan sana. Cepat balik tau! Mama nak masak ni."




NEVER.




4) Sentiasa teman anak kemana sahaja dia pergi.

Playground, rumah kawan, kedai, atau ke mana saje.

Yes, anak kita mungkin dah boleh berdikari, tahu jalan balik apa semua.

But remember, pedophiles are everywhere.




5) Latih anak untuk tidak duduk di atas peha / pangkuan sesiapa sahaja, terutama lelaki.

Tak kisah dalam apa jua keadaan, dengan sesiapa saje. Kalau boleh, AVOID.

Especially yang ada anak yang pasif atau jenis "duduk diam".




6) Jangan paksa anak kalau dia "tak selesa" dengan orang tertentu. 

Observe kelakuan anak, kalau-kalau dia nampak macam "takut" atau "mengelak" bila nampak mana-mana orang dewasa.




7) Alert dengan perangai anak. Kalau tetiba dia kemurungan atau ketakutan.

There must be something yang ganggu fikiran dia. 




8) Ajar anak supaya tidak membenarkan sesiapa sahaja pegang, tengok atau "tersentuh" their private part.




9) Ambil peduli bila anak tak puas hati dan sedang bercakap tentang seseorang (dewasa).

Pay attention kalau-kalau there is something wrong with that particular adult.




10) Sentiasa pakaikan anak pakaian yang appropriate untuk tontonan umum.

Simpan sikit kecomelan anak untuk diri sendiri. Jangan ditayang-tayang sangat.

Peha nak tayang, bontot nak tayang, ketiak nak tayang. NO!




11) Respect your kids privacy. 

Bila anak tak mahu bergambar atau need some space or privacy, hormati kehendak mereka.




Please parents.




We are currently living in an era yang langsung takde barrier.

Langsung takde sekatan.

Bila takde barrier takde sekatan,

hence takde keselamatan.

Pandai-pandai jaga diri.

Pandai-pandai jaga anak sendiri.




Pedophiles are everywhere.

Pedophiles can be anyone.




U don't say these people dont exist. They do.

Dan RAMAI sebenarnya.

Cuma kita yang tak tahu kewujudan mereka.

Because diorang tak bodoh untuk mengaku yang diorang pedophiles.

Kan?




Ada juga pihak yang kaitkan jenayah pedophilia ni dengan kos kahwin dan kos sara hidup di Malaysia.

Kos kahwin dan kos sara hidup semakin merepek menyebabkan semakin ramai lelaki yang membujang.

And they tend to use kids untuk melampiaskan syahwat.

Satu, sebab kids senang. Lemah dan tak mampu melawan.

Dua, free. 




Na'uzubillahi min zalik.




Jom sama-sama kita tengok balik gambar-gambar anak yang kita pernah post dulu.

Kalau ada yang kurang sopan atau high-risk,

DELETE je.




Bertaubat dan sentiasa mohon perlindungan Allah.

Ye betul, kalau Allah tak izin, takkan jadi.

Tapi kalau Allah izin dan benda tu jadi,

ia sebenarnya berpunca dari tangan-tangan kita sendiri.




Esok-esok kita kena soal,

tentang setiap kemudaratan yang kita tak sedar berpunca dari tangan kita sendiri.




Mintak jauh.




p/s: Mohon sebarkan perkara ni supaya lebih ramai ibu bapa aware dan ambil peranan. Lindungi hak anak-anak.

Sebab mereka sememangnya berhak mendapat perlindungan yang sepatutnya.

4 cara nak atasi rasa MARAH.

By adlil rajiah

4 cara untuk buang sifat marah secara perlahan-lahan.
;D

1. Classify kemarahan.

Kemarahan ada dua classification.
Marah yang bijak atau marah yang bangang. ;D

So each time aku rasa nak marah, aku akan tanya diri,
"Kemarahan aku ni marah bijak atau marah bangang?"

Contoh macam situasi anak tarik telekung tadi.
Anak baru dua tahun. Belum reti duduk diam.
Belum reti sabar.
Belum faham kenapa mak dia kena solat.

So adakah bijak kalau aku marah-marah dia?
Ofkos kurang bijak.
Better sabar dan approach secara berhemah, cakap baik-baik dan explain.
Camtu.

Lain la kalau yang tarik telekung tu ialah suami kau yang umur dah 30 tahun.
Kejadahnyaaaa main tarik-tarik telekung waktu orang solat.
Itu bukan setakat kena marah je, kena denda berdiri atas kerusi 3 hari 2 malam terus menerus.
-____-

So ingat.
Sebelum marah, amik masa untuk classify kemarahan. ;D

 2. Tahan mulut, duduk dan baring.

Nabi saw bersabda yang bermaksud:
”Apabila seseorang kamu marah hendaklah dia diam."
Nabi saw mengulangi ucapan itu 3 kali. (HR Ahmad, Tarmizi & Abu Daud)

Nabi saw bersabda yang bermaksud:
”Apabila seseorang kamu marah dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk, jika masih tidak hilang kemarahannya hendaklah dia berbaring secara mengiring”
(HR Ahmad & Abu Daud)

 So benda pertama kena buat bila marah, TAHAN MULUT.
Nak nak bila dah jadi ibu ni.
Nak marah anak kena jaga-jaga. Jangan keluar perkataan-perkataan tak elok.
Mulut ibu kan masin. Cuba rasa. ;D

Aku pon dah banyak kali kena tegur dengan hubby.
Sebab cakap Haikal nakal la mengada-ngada la tak dengar cakap la.
T___T

So lepas ni kalau rasa nak marah,
aku akan CUBA DIAM dan isolate diri dari tempat kemarahan tu.
Pergi masuk bilik ke.
Masuk bilik air ke.
Pergi basuh pinggan ke. *tetiba*

Kalau marah jugak, pergi amik wudhu' dan duduk.
Kalau marah jugak, baring.
Kalau marah jugak, tidur terus.
Kalau tak boleh tidur, call pizza hut suruh delivery pan pizza hawaiian supreme sepuluh set.
Kalau marah jugakkkkk,
pergi gali kubur.
Heheh.

3. Buat perjanjian dengan pasangan.

Perjanjian 1: Kalau isteri marah, suami puji. Kalau suami marah, isteri puji.

Kalau perjanjian 1 tak work,

Perjanjian 2: Bila isteri marah, suami diam. Bila suami marah, isteri diam.

Gitu.
Tips ni aku dapat dari fadilah kamsah.

Contohnya,
kalau aku marah-marah, hubby kena puji aku bertubi-tubi. Macam,
"Amboi amboi isteri saya ni. Kalau marah makin handsome makin sasa makin macho lah. Aumm!"

Itu contoh. ;D

Tapi kalau pujian itu tak work, dan asap masih berkepul-kepul keluar dari hidung pasangan,
baik kau diam dan berambus saje.
Appedulikkkkk kan dia.

4. Marah itu syaitonn

Nabi saw bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya kemarahan adalah daripada syaitan dan syaitan dicipta daripada api, apabila salah seorang kamu marah maka hendaklah dia berwuduk.”
(HR Ahmad & Abu Daud)

So selalu ingat,
MARAH TU SYAITONNNN.

Kalau rasa nak marah je,
terus bayangkan diri sendiri tumbuh tanduk, tumbuh taring, tumbuh janggut, muka jadi kerut yang jahat gila tu, kuku jadi tajam merekah-rekah, pastu tetiba ada pedang macam garfu tu.
Sebijik macam setan dalam walt disney.
Mesti korang terus insaf astaghfirullah astaghfirullah astaghfirullah sambil nangis teresak-esak.
;D

So itu lah 4 cara untuk kawal kemarahan.
Sebenarnya kalau kita kaji, (ewah)
marah dan garang ni sebenarnya bahaya.
Sebab marah la boleh heret ke perkara-perkara yang bukan-bukan selepas tu.

Dera anak, dera bini, dera bibik, dera binatang. -___-
Semua benda nak dera. Tah hape-hape.
Dan semuanya berpunca dari kemarahan yang gagal dibendung.

Kamonnn..
Orang gila pon tak dera bini.
Sebab dia takde bini nak dera. Kahkah.
Kelakar tak? -..-

Sabda Rasulullah saw:
"Bukanlah orang yang kuat itu orang yang menang bertumbuk, tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal diri daripada sifat marah."
(HR Bukhari & Muslim)

Sabda Rasulullah saw:
"Sesiapa menahan kemarahan pada hal dia mampu melauhkannya, maka Allah kelak akan memanggilnya di hadapan makhluk-makhluk hingga Allah memperkenankan kepadanya untuk memilih bidadari yang dikehendakinya."
(HR Abu Daud, At Tirmidzi, Ibnu Majah)

Permulaan untuk memulakan Homeschooling.

By Mommy Luna (homeschooling yg berdaftar)

Majalah Pa&Ma Feb 2013

Langkah pertama untuk menjayakan aktiviti homeschooling ialah menyediakan dokumen tertentu khusus untuk si manja. Dokumen yang perlu diwujudkan ini bertujuan untuk semakan badan bertanggungjawab bagi memantau aktiviti homeschooler yang memberi pendidikan kepada anak-anak di rumah.

Buku Rekod - Bagi aktiviti yang tidak melibatkan penggunaan kertas seperti menanam sayur atau membeli belah, ambil gambar aktiviti tersebut dan rekodkan di dalam buku rekod anda.

Fail - Fail diperlukan untuk menyimpan segala hasil kreativiti dan aktiviti anak-anak yang menggunakan kertas seperti melukis dan mewarna. Pilih fail daripada material plastik. Hal ini penting kerana ia perlu disimpan dalam jangka masa yang lama.

Kotak hasil - Kotak pula akan digunakan untuk menyimpan hasil kreativiti anak-anak yang tidak dapat dimuatkan di dalam fail.

Alat bantu mengajar - Buku, internet dan alat bantu mengajar yang lain boleh digunakan sebagai sumber rujukan dalam menjalani aktiviti homeschooling dengan anak-anak.

Konsep homeschool.

Kualaiti masa, bukan kuantiti - Anda boleh berada di sisi anak-anak sepanjang hari. Namun berkemungkinan anda dan si kecil hanya melakukan aktiviti masing-masing. Biarpun bekerja, anda boleh melakukan aktiviti homeschooling. Kata kuncinya ialah kualiti. Anak-anak lebih aktif untuk belajar pada waktu pagi. Bagi anda yang bekerja sendiri dan bekerja dari rumah, rancang waktu kerja anda pada waktu petang supaya waktu pagi dapat diluangkan bersama anak-anak.

Merancang aktiviti  - Perancangan yang baik dapat menjimatkan masa anda dan anak-anak sewaktu menjalani aktiviti homeschooling.Gunakan buku perancang (planner) untuk merancang aktiviti harian, mingguan dan bulanan. Bincangkan bersama anak-anak bagi mendapatkan persetujuan bersama tentang aktiviti yang diadakan. Seawal umur tiga tahun, si kecil sudah boleh dibawa berbincang seperti orang dewasa.

Berjimat dengan 3R - Aplikasikan konsep Kurangkan, Guna Semula dan Kitar Semula.Homeschooling bukanlah aktiviti yang mahal dan eksklusif. Kebanyakan aktiviti menggunakan bahan dipersekitaran anda yang boleh diguna semula.

Berkumpulan - Anda tidak perlu melakukannya secara bersendiri. Terdapat beberapa kumpulan ibu yang mengamalkan homeschooling di Malaysia. Atur temu janji ataupun playgroup untuk melakukan aktiviti seperti lawatan ke rumah orang tua bersama-sama.

Pembelajaran itu luas - Homeschooling  sebenarnya bukan khusus untuk anak-anak. Ia merupakan masa untuk ibu dan ayah belajar bahawa ilmu itu luas berbanding apa yang tertulis di dalam buku. Ambil tanggungjawab untuk memulakan homeschooling bersama anak-anak sebaik sahaja anda bersama-sama mereka.


Tips homeschooling :

Menurut kajian, anak-anak yang menjalani homeschooling tidak dapat dibezakan dari segi sosial komunikasi apabila bermain bersama kawan-kawannya yang ke sekolah. Sosial komunikasi tidak hanya di sekolah. Ia bermula sejak dari bayi sehingga sepanjang anak membesar. Jadi isu sosial komunikasi tidak timbul apabila ibu bapa memilih untuk homeschooling.

Ibu Bahagia Besarkan Kamu.

Dalam hati bahagia.
Membesarkan anak.

Bukan dgn harta yg byk.
Kerana, ibu takda harta.
Makan cukup pakai sudah memadai.

Tapi,
Allah swt kurniakan untuk ibu.
Kasih sayang.

Ya.
Kasih sayang.
Hanya dgn itu.
Ibu akan cuba membahagiakan kamu.
Membesarkan kamu dgn penuh perhatian.
Kasih sayang.
Kelembutan.
Gurauan.

Anakku.
Kamu adalah amanah.
Dan.
Anugerah.
Dari Allah swt.

Anak itu Amanah.

Anak adalah amanah Allah yang besar. 
Setiap anak ini seperti tanah yang subur. 
Apa kita tanam itulah yang akan keluar. 
Fikir, usaha dan doa kedua ibubapa yang bersama memberi kesan bagaimana anak itu jadi..

Allah Maha Kuasa Makhluk tiada kuasa. Semoga menjadi asbab kebaikan dan hidayah-ebit lew

Didikan Pertama untuk Anak.

Usaha agama di kalangan wanita.

Sbgai wanita, dan seorang isteri.
Usaha agamanya adalah bermula didalam rumah.
Sehingga rumah berfungsi seperti masjid.

Dgn adanya amalan masjid dlm rumah, rumah tu akan dinaungi para malaikat, dan akan bercahaya dilihat penghuni langit.

Rumah menjadi rumah takwa, dan bukannya rumah yg hura hara, berpecah belah.

sebagai ibu, penting adakan majlis taklim didlm rumah kerana ianya adalah pintu untuk masuknya agama ke dalam rumah.
Rumah yg didalamnya diadakan majlis taklim akan dapat menghayati agama.
Kalau anak tidur, bawa serta sekali.
Kerana, alquran dan hadith nabi muhammad saw mengandungi nur, dan akan masuk dlm telinga dan hati anak2,
Anak2 dibentuk dirumah utk mnjadi wali dalam belaian seorg ibu.

Setiap ibu, kena jaga solat, solat diawal waktu, jg zikir pg petang, dan baca alquran.

setiap ibu kena sentiasa bercakap ttg iman,amal soleh dan alam akhirat di dlm rumah.

Hidup sederhana dan tidak membazir.

Sentiasa dorong suami utk khuruj fii sabiilillah.

Bila amalan ini dihidupkan dlm rumah, rumah itulah dikatakan rumahku syurgaku.

Dari rumah seperti inilah akan lahirkan org yg bertakwa dan mempunyai fikir agama.

#usahadikalanganwanita.

Ibu Adalah Guru Pertama.

Pemimpin di dlm sebuah rumah tangga adalah seorang suami atau ayah.
Tetapi,
Guru yang paling utama adalah ibu atau isteri.

Seorang ibu adalah ustazah bg anak-anaknya.
Dan kerana itulah, setiap wanita penting untuk mempunyai fikir agama.

Apabila nilai agama hanya dimilik oleh suami atau ayah saja, maka agama hanya sampai di depan pintu rumah saja.

Namun,
Apabila seorang ibu memiliki fikir agama dan mengamalkannya, maka agama akan dapat dihayati oleh seluruh penghuni rumah.

Utk menghayati hukum Allah swt dan sunnah Rasulullah saw, maka wanita harus khuruj fii sabiilillah.

Disana,
Seorg wanita terlepas dr urusan duniawi spt memasak, uruskan rumah, asuh anak, melayani suami.

InsyaAllah, kefahaman dan fikir agama akan dpt masuk dlm hati.

Apabila seorg wanita pulang dr khuruj fii sabiilillah bersama suaminya, ia akan memiliki kerisauan dimana fikir agamanya meningkat, dan memikirkan bagaimana agar anak2, saudara2, dan kaum keluarga dpt amalkan ajaran agama dgn sempurna.

Wallahualam.

#keutamaanmasthurah.
#usahadakwahdikalanganwanita.

Perkataan Pertama Anak.

Apabila anak mulai belajar berbicara, maka perkataan yang pertama kali diajar kepadanya adalah Allah.

Apabila lafaz "Allah" yg pertama kali diucapkan oleh anak kita yg mulai belajar bercakap, maka Allah swt akan membangkitkan kita dengan wajah bercahaya seperti bulan purnama di Padang Mahsyar nanti.

#mendidikanaksecaraislam.

ohh ummi...

Ummi.
idola sy.
tapi tak mampu nak jadi sekuat ummi, setabah ummi, serajin ummi, sebaik ummi.

sepanjang hidup banyak berkhidmat pada keluarga.
masanya hanya banyak dihabiskan dirumah.
jika ada keperluan lain baru keluar.
ambil angin luar.

bila bab rumah, ummi lah terbaik.
tak pernah pun perintah anak-anak buat ni, buat tu.
melainkan saat tu, ummi tak sihat.
anak-anak pandai-pandai sendiri la buat dan beringat.

bila anak-anak salah buat, terutama aku la, agak berkasar sikit perangai  dari kecik-kecik. tp bila dah kawen ni, tetiba jadi lemah lembut. (ayat minta penampar...)

dan sampai 1 tahap, ummi ajar, mcm mana nk basuh pinggan berhalus, kemas dapur, bilik tidur, basuh baju, kemas rumah, adab dgn orang tua.
sempurna diajarnya.

tapi, sabar je la dgn perangai aku ni yg banyak sangat buah palas...
banyak sangat perngorbanan dari muda. hingga la sekarang. maintain muda...syg ummi...

sangat respect dengan ummi.
tiap malam, always dating denganNya.
aku tak mampu kuat mcm ummi.
dan dari situ jugak belajar.

ummi jaga solat awal waktu, kecuali keadaan yg tak mengizinkan solat awal. tapi, sebaiknya ummi akan jaga.

dan dari situ jugak, aku belajar, cuba solat awal.

dan banyak lagi.

kat sini cuma nak tekankan, bukan nak memuji ummi melangit, setiap ibu semua mcm tu, insyaAllah., tapi nak terangkan, betapa saya, sebagai anak, tengok ummi adalah orang yang paling hampir dengan saya utk sy contohi.

masih belajar. tapi xmampu nk jd sehebat ummi.

Wahai Isteri.

Wahai isteri,
Layanlah suami dengan baik. 
Tawan hati mereka supaya suami gembira.
Buatlah kerana Allah.

Suami kamu mungkin tidak faham kesusahan kamu, tapi Allah sedang nilai setiap kesusahan kamu. Setiap peluh, tangisan, letih, sakit badan, sakit kepala semuanya telah diberi pahala yang sangat besar.

Maafkanlah kekurangan mereka.. 
kerana dunia ini bukan tempat tinggal kita. 
Syurga tempat tinggal kita yang sebenarnya.

Jagalah solat awal waktu. Walau apapun terjadi. Siapkan suami dan anak lelaki ke masjid.

Jagalah aurat kerana Allah. 
Jaga aurat bukan kerana kita baik. 
Tapi ia perintah Allah. 
Apalah makna cantik jika kita dibenci oleh Allah. 
Biarlah dunia ini nak kata apapun, janji Allah sayang kita.

Janganlah habiskan air mata di depan tv, untuk dunia. 
Tapi gunakanlah air mata untuk Redha Allah. Untuk umat. Untuk umat selamat dari neraka.

Sebagai ibu, 
Persiapkanlah anak-anakmu dalam perjuangan agama. Pesanlah pada anakmu, 

"Wahai anakku, Islam ini lebih mahal dari nyawa kamu dan ibu kamu. Perjuangkanlah Islam ini. Korbankan perasaan kamu untuk bawa manusia dekat dengan Allah"

Anak ialah harta paling berharga. 
Didik mereka dengan iman dan sediakan mereka jadi Daie. 
Hidupkan rumah dengan amalan dakwah dan bacaan hadis. 
Nikmat sangat bila rumah setiap hari wujud suasana ilmu. 

Lebih nikmat dari segalanya. 
Rasa macam dalam syurga walaupun mungkin rumah pondok buruk dan tiada aircond dan kipas seperti rumah Nabi saw.

Janganlah korbankan anak kita dengan beri sepenuhnya pada orang lain. 
Berilah masa didik mereka. 
Terbaik jadilah suri rumah sepenuh masa jika berpeluang. 

Mungkin Anak itulah asbab dunia ini akan berubah. Mungkin kebaikan dan jutaan hidayah datang melalui mereka. 
Mungkin mereka akan pegang panji Islam di dunia.
Dan di akhirat ... dengan ribuan orang di belakang mereka.

Takpelah dunia ini kita kurang sikit. 
Syurga semakin dekat. 
Dunia ini sekejap sahaja.

Wahai isteri solehah, 
Kamulah harta paling bernilai. 
Seluruh dunia ini tidak boleh ganti tempat kamu. 

Untuk isteri seperti kamu. 
Tiada ucapan melainkan pasti hanya Redha Allah dan Syurga Firdaus tempat kamu.  

Allahhumma solli a'la sayyidina muhammad, wa ala ali sayyidina muhammad..

#repost.

Tips Ajar Anak Hafaz AlQuran

Tips ajar anak hafaz quran

Bismillah.

perkongsian dari group lain dlm whassap;

1. Saya mula didik anak Quran waktu dalam kandungan. Baca Quran, baca Quran, Baca Quran. Mengandung Muadz saya alahan teruk. Saya baca Quran sambil baring. Niatnya supaya anak dengar Kalamullah. Saya yakin dia sedang berkembang dengan pintar bila mendengar ayat-ayat Allah.

2. Anak lahir : usianya 2 bulan, saya buat flashcard sendiri. Sebab masa tu saya di Madinah, tak jumpa flashcard. Buat guna manilakad je. Tulis besar-besar, baca pada Muadz setiap hari. Sebut huruf tu pada dia sejelas-jelasnya. Dia buat tak tahu je masa tu. Siap ronyok-ronyok lagi
3. Pasangkan dia video Alif Ba Ta. Terkekek-kekek dia ketawa tengok video tu.

4. Pasang Kaset Quran dalam kereta. Pergi mana-mana pasang je.

5. Balik Malaysia, lepas suami cerita tentang Syeikh Mesir didik anak hafaz Quran, kami terus buat keputusan. Mulai hari tu kami pasang Quran sahaja dalam kereta. Quran sahaja. Masuk kereta je terus pasang, walaupun pergi kedai dekat dengan rumah sahaja.

6. Kesan pasang Quran : saya perhatikan anak-anak saya mudah sangat tidur dalam kereta. Sampai orang pelik macamna mereka boleh sopan santun dalam kereta, sebab keluar kereta je terus tak duduk diam. Ya, sekali lagi. Saya yakin dengan keberkatan Al-Quran. Al-Quran menenangkan hati dan jiwa.

7. Selain kereta, abah Muadz rajin bacakan Quran pada anak-anak sebelum tidur. Dia peluk anak-anak kiri dan kanan, then baca Quran. Tak sampai sejam pun kadang-kadang anak dah tidur.

8. Sampai umur Muadz 2 tahun lebih ( kalau tak silap saya), kami baca Surah Asy-Syams. Tiba-tiba dia sambung! Kami terkejut! Mengalir air mata saya, Maha Hebatnya Allah! Padahal kami masih belum usaha yang maksima lagi. Tapi Muadz dah boleh ingat Surah Asy-Syams masa tu.

9. Kami test surah lain pula. Kami suami isteri baca dalam kereta. Tiba-tiba dia sambung. Sekali lagi terkejut, dia dah hafaz Surah AL-Balad! Allahu Akbar!

10. Disebabkan masuk kereta pasang Quran ni dah jadi habit, maka Muadz ni pun tiap kali masuk kereta takde ayat lain yang dia jeritkan melainkan..." Nak Qoran!! ( Nak Al-Quran) Ianya terjadi bila saya cuba-cuba nak dengar IKIM.

InsyaAllah yakin ibu ayah, kita semua boleh. Sebab anak kita semua sangat genius, insan-insan takde dosa. Lagi satu, puji anak bila mereka mengaji. Tunjukkan muka ceria dan gembira. All the best!

Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Izin Allah.

(Jom, masih belum terlambat walaupun usia dah meningkat.. Lazimi Quran..)

Free Flashcard 2

bismillahhirrahmannirrahim.

untuk yang tak dapat lagi flashcard dlm bentuk PDF semalam, sy baru minta link dari kawan.

jadi boleh download terus dr link ni.

Dalam ni byk lg. Selamat berexplore ye....^^

semoga bermanfaat.

post smlm sy delete, bg keselamatan. sb ramai yg bg email.

mf atas kesulitan.

semoga bermanfaat.

http://www.yemenlinks.com/Arabic_Download.htm#Flashcards

Free Flashcard 2

sape nak :

FREE FLASHCARD
FREE WORKSHEET
FREE COLORING PAGES
FREE CRAFT

boleh g kat link ni ye.......

http://supersimplelearning.com/resource-center/

6 pesanan untuk wanita.

ENAM PESANAN UNTUK WANITA

Pesanan ini ditulis oleh Ulama Muktabar

1. Jaga solat pada awal waktu..Berusahalah untuk menjaga waktu solat yang betul dan jangan berlengah untuk menunaikannya. Kalau datang haid sekalipun (tidak dapat solat), kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggalkan solat.

2. Hidupkan bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga..Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal setiap hari dengan Istiqamah pada masa yang ditetapkan. Sebaiknya kumpulkan setiap ahli keluarga termasuk kanak-kanak yang belum mengerti apa-apa. Ini amalan sahabiah di zaman Nabi SAW sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh/ solehah yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia akhirat.

3. Baca Al Quran dan zikir setiap hari.Berusahalah membaca Al Quran setiap.hari dengan Istiqamah. Sebaiknya satu juzu' setiap hari dan sekurang-kurangnya beberapa ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, hendaklah mencium Al Quran dan muhasabah diri 'Ya Allah, apa dosaku hingga aku tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."

4. Mendidik anak secara Islam. Mengajar anak-anak dari kecil dengan amalan Sunnah Rasullulah SAW dan doa-doa masnun iaitu doa seharian seperti doa ketika hendak tidur, doa bangun tidur, doa makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana. Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah SWT ke atas wanita tersebut.

6. Galak suami/ muhrim untuk bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yg menggalakkan suaminya untuk solat berjemaah di Masjid/Surau akan mendapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.
Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat. Muzakarahlah bersama rakan wanita lain supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita dan mudah untuk kita amalkan...In Sha Allah....

Wallahualam ^_^
Selamat beramal ^_^
Bi'iznillah ^_^

Beri perhatian pada anak.

Perasan tak.
Semua bayi, bila dengar azan, zikir, bacaan alquran automatik, dia akan stop dr main, terus tumpu pada bunyi tersebut.

MasyaAllah.

Time ni peranan ibuayah sgt penting.

Bila anak dgr azan, zikir, bacaan alquran, jgn ibuayah duduk sebelah anak main ipad.
Tp, duduk sebelah dia, dgr sama2 anak.

Peluk dia.
Cium dia,

Bila azan, dgr sama2, jgn bercakap, stop buat kerja, tumpukan perhatian pada azan.
Ajar anak.

Jangan pula, time azan, kita sibuk bersembang depan anak.
Adab takda. Anak pun ikut nanti.

Bila dgr zikir, ikut sama2. 
Letak anak atas riba, zikir sama2.

Bila mengaji, bawa anak sekali.

InsyaAllah. 

Cantikkan akhlak anak2 dr kecil.
Tu peranan org sekeliling.
Terutama ibuayah.

Allahhumma solli a'la sayyidina muhammad, wa ala ali sayyidina muhammad..  
Wallahualam.

#homeschooling.

10 kesalahan didik anak.

10 kesalahan mendidik anak menurut islam.

1. Memberi didikan yg tidak seimbang.
-ibubapa lebihkan ilmu duniawi dr ilmu agama.

2. Menegur anak secara negatif.
-tegur dgn kata2 kasar bila anak bt salah. Jgn membanding2 anak dgn anak lain.

3. Tidak tegas dlm didik anak.
-xmenjadualkan kegiatan harian ttp tumpu pd 1 perkara sj tnpa memikirkan perasaan anak.

4. Kurang mengawasi TV ataupun video yg ditonton anak.
-tv byk memberi kesan negatif : tunjuk akhlak tak baik, pergaulan bebas, pakaian xmenutup aurat. Sgt xsesuai utk anak2.

5. Tak mengajar kebiasaan yg baik dirumah.
-xajar anak utk beri salam, bls salam, makan bersama, solat berjemaah, beriadah bersama, yg penting ajar dr kecil adab. Ikut sunnah.

6. Kurang beri sentuhan kepada semua anak.
-nabi saw sgt suka membelai anak2, mencium mereka.

7. Terlalu bergantung kepada pembantu rumah utk didik anak2.
-anak adalah tanggung jawab ibubapa, diakhirat sana, ibubapa yg bertanggungjawab sepenuhnya, jd penting ibubapa didik anak2 dgn didikan islam.

8. Bertengkar didepan anak2.
-menyebabkan anak2 tertekan dan memungkinkan membenci ibu atau bapa.

9. Penampilan diri yg kurang baik dan kurang pantas.
-ibubapa xtunjuk cth yg baik dlm berpakaian, kebersihan. Cth : pakai bju yg tidak tutup aurat atau seksi dpn anak

10. Membiarkan org yg tidak baik sikap dan perbuatannya masuk dlm rumah.
-akan memberi cth yg xbaik pd anak. Tugas ibu bapa kena terangkan.

Didik anak menjadi soleh.

Perkara yang mesti kita lakukan untuk melahirkan anak-anak yang soleh ;

1. Didiklah anak-anak kita mengenali Allah.
-Kita selalu mendengar ungkapan dari para ulama’ yang menyebutkan, “Asas agama ialah mengenal Allah”. Perkara pertama yang wajib kita ajarkan kepada anak-anak kita ialah kalimah Syahadah

2. Pastikan anak-anak kita sentiasa mendirikan solat dan menjaga ibadah-ibadah wajib yang lain.

3. Bekalkan ilmu agama yang secukupnya kepada anak-anak kita.

4. Hidupkan dalam rumah kita Biah Islamiyyah (suasana keislaman)
- Bacaan taklim, bacaan alquran. bercakap ttg kebesaran Allah swt. solat berjemaah bersama, ajar memberi salam dan menjawab salam, ajar ttg adab2 dlm islam.

5. Dekatkan anak-anak kita dengan masjid, mushalla atau surau.

6. Tanamkan semangat jihad dan perjuangan Islam ke dalam jiwa anak-anak kita.

7. Tanamkan kepada anak-anak kita sikap cintakan ilmu dan majlis ilmu.

8. Perhatikan dengan siapa anak-anak kita berkawan.

9. Mohonlah sentiasa dari Allah agar dikurniakan anak yang soleh.

10. Sentiasalah memberi pesanan dan nasihat kepada anak-anak kita.

Wednesday, 10 December 2014

Post yang Baik ;)

Assalammualaikum.

Buat sahabat yg sentiasa dalam rahmat Allah SWT.
semua sihat?

Alhamdulillah--
Syukur Allah SWT bg lagi kita peluang utk hidup.

ok,
actually dah lama sungguh tak berblogging ni.
entry lama-lama terpaksa padam.
bila check balik..

ya Allah..
banyaknya la entry yg lagha.... :(
jadi...jalan terbaik delete.

ibu start berblog dr tahun 2011. bulan september rasanya.
fuh~~ 
nak masuk 3 tahun..

tup...tup...anak pun dah sorang...
alhamdulillah--

Allah SWT hadiahkan pada ibu seorang suami dan seorang mujahidah yg sangat-sangat hebat.

insyaAllah.
lepas ni banyak akan dikongsi tentang pembelajaran anak.

tapi,
ibu tak dapatlah nak kongsi gambar suami, dan mujahidah ibu.
kerana sebab-sebab tertentu.


memandangkan ibu sekolahkan anak-anak dirumah.
tapi takdalah begitu formal macam ibu-ibu lain.
kerana target ibu, untuk lahirkan anak yg hafiz/hafizah, alil/alimah, daie/daieah, soleh dan solehah.

nak didik anak cintakan akhirat.
kejar akhirat.

kerana, ibu letih, takut nak dedahkan anak-anak dengan dunia sekarang ni.
dunia akhir zaman.
fitnah merata-rata.
tak selamat dah.
kerana kurangnya doa dan fikir risau ummat.
malu nak buat kerja dakwa.
ziarah pintu ke pintu.
rumah ke rumah.
Allah...
:(

insyaAllah.
kita doa banya-banyak.
sama-sama kita mendidik anak-anak ikut sunnah Baginda SAW.

semoga Allah SWT permudahkan.
Aamiin Allahumma Aamiin.