header

header

Thursday, 11 December 2014

6 pesanan untuk wanita.

ENAM PESANAN UNTUK WANITA

Pesanan ini ditulis oleh Ulama Muktabar

1. Jaga solat pada awal waktu..Berusahalah untuk menjaga waktu solat yang betul dan jangan berlengah untuk menunaikannya. Kalau datang haid sekalipun (tidak dapat solat), kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggalkan solat.

2. Hidupkan bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga..Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal setiap hari dengan Istiqamah pada masa yang ditetapkan. Sebaiknya kumpulkan setiap ahli keluarga termasuk kanak-kanak yang belum mengerti apa-apa. Ini amalan sahabiah di zaman Nabi SAW sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh/ solehah yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia akhirat.

3. Baca Al Quran dan zikir setiap hari.Berusahalah membaca Al Quran setiap.hari dengan Istiqamah. Sebaiknya satu juzu' setiap hari dan sekurang-kurangnya beberapa ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, hendaklah mencium Al Quran dan muhasabah diri 'Ya Allah, apa dosaku hingga aku tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."

4. Mendidik anak secara Islam. Mengajar anak-anak dari kecil dengan amalan Sunnah Rasullulah SAW dan doa-doa masnun iaitu doa seharian seperti doa ketika hendak tidur, doa bangun tidur, doa makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana. Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah SWT ke atas wanita tersebut.

6. Galak suami/ muhrim untuk bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yg menggalakkan suaminya untuk solat berjemaah di Masjid/Surau akan mendapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.
Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat. Muzakarahlah bersama rakan wanita lain supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita dan mudah untuk kita amalkan...In Sha Allah....

Wallahualam ^_^
Selamat beramal ^_^
Bi'iznillah ^_^

No comments:

Post a Comment