header

header

Thursday, 11 December 2014

Didik anak menjadi soleh.

Perkara yang mesti kita lakukan untuk melahirkan anak-anak yang soleh ;

1. Didiklah anak-anak kita mengenali Allah.
-Kita selalu mendengar ungkapan dari para ulama’ yang menyebutkan, “Asas agama ialah mengenal Allah”. Perkara pertama yang wajib kita ajarkan kepada anak-anak kita ialah kalimah Syahadah

2. Pastikan anak-anak kita sentiasa mendirikan solat dan menjaga ibadah-ibadah wajib yang lain.

3. Bekalkan ilmu agama yang secukupnya kepada anak-anak kita.

4. Hidupkan dalam rumah kita Biah Islamiyyah (suasana keislaman)
- Bacaan taklim, bacaan alquran. bercakap ttg kebesaran Allah swt. solat berjemaah bersama, ajar memberi salam dan menjawab salam, ajar ttg adab2 dlm islam.

5. Dekatkan anak-anak kita dengan masjid, mushalla atau surau.

6. Tanamkan semangat jihad dan perjuangan Islam ke dalam jiwa anak-anak kita.

7. Tanamkan kepada anak-anak kita sikap cintakan ilmu dan majlis ilmu.

8. Perhatikan dengan siapa anak-anak kita berkawan.

9. Mohonlah sentiasa dari Allah agar dikurniakan anak yang soleh.

10. Sentiasalah memberi pesanan dan nasihat kepada anak-anak kita.

No comments:

Post a Comment