header

header

Thursday, 11 December 2014

Didikan Pertama untuk Anak.

Usaha agama di kalangan wanita.

Sbgai wanita, dan seorang isteri.
Usaha agamanya adalah bermula didalam rumah.
Sehingga rumah berfungsi seperti masjid.

Dgn adanya amalan masjid dlm rumah, rumah tu akan dinaungi para malaikat, dan akan bercahaya dilihat penghuni langit.

Rumah menjadi rumah takwa, dan bukannya rumah yg hura hara, berpecah belah.

sebagai ibu, penting adakan majlis taklim didlm rumah kerana ianya adalah pintu untuk masuknya agama ke dalam rumah.
Rumah yg didalamnya diadakan majlis taklim akan dapat menghayati agama.
Kalau anak tidur, bawa serta sekali.
Kerana, alquran dan hadith nabi muhammad saw mengandungi nur, dan akan masuk dlm telinga dan hati anak2,
Anak2 dibentuk dirumah utk mnjadi wali dalam belaian seorg ibu.

Setiap ibu, kena jaga solat, solat diawal waktu, jg zikir pg petang, dan baca alquran.

setiap ibu kena sentiasa bercakap ttg iman,amal soleh dan alam akhirat di dlm rumah.

Hidup sederhana dan tidak membazir.

Sentiasa dorong suami utk khuruj fii sabiilillah.

Bila amalan ini dihidupkan dlm rumah, rumah itulah dikatakan rumahku syurgaku.

Dari rumah seperti inilah akan lahirkan org yg bertakwa dan mempunyai fikir agama.

#usahadikalanganwanita.

No comments:

Post a Comment