header

header

Thursday, 11 December 2014

Permulaan untuk memulakan Homeschooling.

By Mommy Luna (homeschooling yg berdaftar)

Majalah Pa&Ma Feb 2013

Langkah pertama untuk menjayakan aktiviti homeschooling ialah menyediakan dokumen tertentu khusus untuk si manja. Dokumen yang perlu diwujudkan ini bertujuan untuk semakan badan bertanggungjawab bagi memantau aktiviti homeschooler yang memberi pendidikan kepada anak-anak di rumah.

Buku Rekod - Bagi aktiviti yang tidak melibatkan penggunaan kertas seperti menanam sayur atau membeli belah, ambil gambar aktiviti tersebut dan rekodkan di dalam buku rekod anda.

Fail - Fail diperlukan untuk menyimpan segala hasil kreativiti dan aktiviti anak-anak yang menggunakan kertas seperti melukis dan mewarna. Pilih fail daripada material plastik. Hal ini penting kerana ia perlu disimpan dalam jangka masa yang lama.

Kotak hasil - Kotak pula akan digunakan untuk menyimpan hasil kreativiti anak-anak yang tidak dapat dimuatkan di dalam fail.

Alat bantu mengajar - Buku, internet dan alat bantu mengajar yang lain boleh digunakan sebagai sumber rujukan dalam menjalani aktiviti homeschooling dengan anak-anak.

Konsep homeschool.

Kualaiti masa, bukan kuantiti - Anda boleh berada di sisi anak-anak sepanjang hari. Namun berkemungkinan anda dan si kecil hanya melakukan aktiviti masing-masing. Biarpun bekerja, anda boleh melakukan aktiviti homeschooling. Kata kuncinya ialah kualiti. Anak-anak lebih aktif untuk belajar pada waktu pagi. Bagi anda yang bekerja sendiri dan bekerja dari rumah, rancang waktu kerja anda pada waktu petang supaya waktu pagi dapat diluangkan bersama anak-anak.

Merancang aktiviti  - Perancangan yang baik dapat menjimatkan masa anda dan anak-anak sewaktu menjalani aktiviti homeschooling.Gunakan buku perancang (planner) untuk merancang aktiviti harian, mingguan dan bulanan. Bincangkan bersama anak-anak bagi mendapatkan persetujuan bersama tentang aktiviti yang diadakan. Seawal umur tiga tahun, si kecil sudah boleh dibawa berbincang seperti orang dewasa.

Berjimat dengan 3R - Aplikasikan konsep Kurangkan, Guna Semula dan Kitar Semula.Homeschooling bukanlah aktiviti yang mahal dan eksklusif. Kebanyakan aktiviti menggunakan bahan dipersekitaran anda yang boleh diguna semula.

Berkumpulan - Anda tidak perlu melakukannya secara bersendiri. Terdapat beberapa kumpulan ibu yang mengamalkan homeschooling di Malaysia. Atur temu janji ataupun playgroup untuk melakukan aktiviti seperti lawatan ke rumah orang tua bersama-sama.

Pembelajaran itu luas - Homeschooling  sebenarnya bukan khusus untuk anak-anak. Ia merupakan masa untuk ibu dan ayah belajar bahawa ilmu itu luas berbanding apa yang tertulis di dalam buku. Ambil tanggungjawab untuk memulakan homeschooling bersama anak-anak sebaik sahaja anda bersama-sama mereka.


Tips homeschooling :

Menurut kajian, anak-anak yang menjalani homeschooling tidak dapat dibezakan dari segi sosial komunikasi apabila bermain bersama kawan-kawannya yang ke sekolah. Sosial komunikasi tidak hanya di sekolah. Ia bermula sejak dari bayi sehingga sepanjang anak membesar. Jadi isu sosial komunikasi tidak timbul apabila ibu bapa memilih untuk homeschooling.

1 comment:

  1. Saya ibu bekerja.
    Awal january 2015, saya hantar anak saya ke tadika. Anak saya berumur 4 tahun, Alhamdulillah anak saya sebelum bersekolah dah mengenal huruf, nombor, shapes, warna.
    Sejak dari awal daftar sekolah, anak saya memang menunjukkan respon kurang berminat ke sekolah. Tapi saya bertahan sehingga habis satu semester. Saya sekarang dalam keadaan serba salah. Nak dipaksa die ke sekolah, dia memang tak nak. Saya takut dia akan membenci sekolah nanti.

    Jadi saya bercadang untuk berhentikan dia sekolah. Saya bercadang untuk mengajar sendiri di rumah pada waktu malam. Sebab siang saya bekerja. Boleh ke saya buat homeschooling pada waktu malam? mungkin 1 - 2 jam sehari?

    ReplyDelete