header

header

Friday, 3 April 2015

MASA IBU MENIMBA ILMU


Ajar anak kecil membaca awal.

#study.
#homeschoolmommy.

DARI 2 TAPAK KE 5 TAPAK



nak masuk 10 bulan lg bbrp hari,

Dah berjalan 5 tapak.
Dengan confident.

Jatuh bangun.

Jalan dari 1 sudut ke 1 sudut,

ibu bangga dgn kamu!
Anak yg baik.

MasyaAllah.

AKTIVITI SAMBIL MAIN SAMBIL BELAJAR


Pagi dgr vcd alfurqan.

Petang kita main-main sebut pulak.

Be a happy mommy..

Dr anak tgk kartun, jom tukar..kita ajar anak huruf alquran...

Semoga anak2 kita cintakan alquran.

#homeschool mom
#9month +


Wednesday, 25 March 2015

DIDIK ANAK CARA NABI SAW.

Tiada pun seorang bayi dilahirkan terus dapat membaca dan menulis.

Ia perlu diajar dan merupakan hak setiap kanak-kanak sepertimana kita memberi makan minum dan pakaian kepada anak kita.

Persoalannya,

Siapakah orang pertama yg bertanggungjawab mengajar anak membaca?

Si ibu menjawab bapa.
Si bapa menjawab ibu.

Sebetulnya,ibu bapalah orang pertama yg bertanggungjawab.

Bukannya guru tadika atau sekolah.

Saya tahu terdapat ramai ibu bapa yg ingin mengajar anak mereka membaca.

Tetapi ramai juga di antara mereka yg tidak tahu bila dan bagaimana hendak memulakannya.

Mulakan langkah pertama anak seawal mungkin.

Seawal anda mendapat berita gembira bakal menimang anak pertama.

Boleh PM sy untuk mendapat buku AJAR ANAK KECIL MEMBACA AWAL dan CARA NABI SAW MENDIDIK ANAK.

Xrugi membelinya, kerana ilmu yg dikongsi lebih bernilai dan menjadi panduan yg baik untuk ibubapa.



Pembelian borong
atau
pembelian 1 buku disediakan.

Berminat boleh whatsapp : 012-9475925 (ahlia redzuwan)

Tuesday, 24 March 2015

PRODUK MERANSANG AKTIVIT MENULIS

Boleh didapakan secara borong atau pembelian satu-satu.

Berminat boleh hubungi, 012-9475925 (Ahlia Redzuwan)







Berminat boleh whatsapp : 012-9475925 (ahlia redzuwan)

Facebook : Ahlia Redzuwan


Bermain Meningkatkan Kemahiran Menulis


Pengenalan

Menulis memainkan peranan penting walaupun dalam era teknologi. Kemahiran menulis sering digunakan oleh kanak-kanak di sekolah.

Menulis adalah satu proses yang kompleks dalam meluahkan perkataan melalui genggaman pensil, pembentukan huruf dan postur badan.

Kecekapan menulis memerlukan penguasaan pelbagai kemahiran termasuk penglihatan, koordinasi tangan dan mata, lengan, tangan, ingatan, postur dan kawalan badan.

Prevalen masalah menulis dalam perkembangan kanak-kanak dianggarkan antara 10% hingga 30% dan lebih ketara kerap berlaku di kalangan kanak-kanak lelaki daripada perempuan.

Tugas utama di dalam kelas adalah menulis. Kira-kira 30% hingga 60% daripada masa kelas di sekolah rendah dihabiskan dengan aktiviti menulis dan motor halus.

Kanak-kanak yang mempunyai masalah dalam menulis akan mengalami kesukaran dalam mengambil nota, ujian atau menyiapkan kerja sekolah mereka. Ini boleh menjejaskan harga diri, prestasi akademik dan sikap serta persepsi mereka terhadap sekolah.



Perkembangan Normal Menulis

Kebanyakan kanak-kanak mula menconteng di atas kertas selepas mereka mula dapat memegang pensel dan jika tidak diselia, mereka akan menulis pada mana-mana permukaan yang ada.



Sumber: Erhardt, 1992


Persediaan Menulis

Faktor-faktor persediaan yang diperlukan untuk menulis memerlukan kesepaduan beberapa bilangan sistem sensori-motor. Enam syarat yang harus ada pada kanak-kanak sebelum penulisan bermula adalah:


● Perkembangan otot kecil

●Koordinasi mata-tangan

●Kebolehan memegang perkakas dan alat tulis

●Keupayaan untuk melakar strok asas seperti garisan dan bulatan

●Persepsi terhadap huruf iaitu termasuk keupayaan untuk mengenal pasti bentuk, peka terhadap persamaan dan perbezaan, membuat kesimpulan pergerakan yang diperlukan untuk menghasilkan bentuk dan memberi penerangan lisan yang tepat tentang apa yang dilihat


●Orientasi kepada bahasa cetakan, yang melibatkan analisis visual tentang huruf dan perkataan bersama-sama dengan pembezaan kanan/kiri.



Tanda-tanda Masalah Menulis

Kanak-kanak berkembang pada kadar yang berbeza. Sesetengah kanak-kanak mempunyai masalah untuk mempelajari cara menulis huruf sama ada arahnya ke dalam atau ke luar dan selebihnya sukar untuk menulis dengan kemas.

Kadang-kadang masalah menulis boleh menjadi tanda isu-isu lain seperti kelewatan perkembangan atau masalah pembelajaran. Keadaan yang boleh menjejaskan keupayaan kanak-kanak untuk menulis termasuk:


★ Masalah memori yang menghalang kanak-kanak daripada mengingat ejaan, tatabahasa, atau peraturan tanda baca


★ Masalah bahasa yang menyebabkan kesukaran dengan sebutan perkataan, ejaan, dan struktur ayat


★ Masalah visual atau susunan turutan yang menyebabkan jarak yang tidak sekata dalam perkataan dan ketidakupayaan untuk membuat senarai atau meletakkan idea dalam turutan


★ Dysgraphia, gangguan neurologi yang dicirikan oleh kesukaran bertulis (seperti huruf herot atau salah ejaan) tanpa mengira keupayaan membaca


★ Gangguan kurang tumpuan dan hiperaktif (ADHD)


Kanak-kanak yang mempunyai keperluan khas juga mungkin mempunyai masalah untuk belajar menulis. Tanda-tanda bahawa seorang kanak-kanak mungkin memerlukan bantuan tambahan untuk belajar menulis termasuk:


》genggaman pensel dan kedudukan badan yang nampak janggal


》 tulisan tangan yang tidak boleh dibaca, saiz huruf yang berbeza-beza


》 kesukaran membentuk huruf


》 ketidakupayaan untuk menumpukan perhatian dan menyelesaikan tugasan penulisan


》 mengelak dari aktiviti menulis atau melukis


》banyak perkataan salah dieja


》huruf atau kata-kata yang tidak mengikut turutan yang betul


》meletakkan perkataan di tempat yang salah


》jarak antara huruf tidak sekata


》jurang yang besar antara bahasa pertuturan dan kebolehan menulis


》sangat lambat dan sukar untuk menulis


》perkataan atau ayat tidak diselesaikan



Rawatan Pemulihan

Rangka rujukan Pemulihan Carakerja yang digunakan untuk mereka bentuk program intervensi tulisan tangan termasuk: 


■ Perkembangan neuro - untuk melaksanakan tindak balas postur normal dan corak pergerakan.


■ Integrasi deria - menyediakan sistem saraf dengan peluang deria berbagai-bagai yang boleh manyatukan maklumat dengan lebih efisien yang mampu menghasilkan satu pergerakan motor yang memuaskan.


■ Biomekanik - tumpuan kepada faktor-faktor ergonomik postur duduk, kedudukan kertas, memahami pensil, alat menulis dan jenis kertas dalam latihan kemahiran tulisan tangan.


■ Tingkah laku - menggunakan aktiviti untuk meningkatkan kecekapan sosial kanak-kanak semasa mengambil bahagian dalam kumpulan intervensi tulisan


■ Pemerolehan ilmu - memberi tumpuan kepada perkembangan berstruktur iaitu memperkenalkan dan mengajar huruf dan bentuk angka.



Aktiviti Bermain Meningkatkan Kemahiran Menulis

Masalah perlu ditentukan sebelum mencuba untuk membantu kanak-kanak yang mengalami kesukaran menulis.

Jika kanak-kanak itu mempunyai masalah kemahiran motor halus atau pembentukan huruf, masalahnya mungkin berkaitan fizikal.

Sekiranya kanak-kanak itu tidak boleh mengingat bagaimana untuk menulis salah satu huruf daripada senarai abjad atau mengambil masa untuk mengambil keputusan apa yang patut ditulis, maka mungkin ada isu-isu kognitif.

Kebanyakan masalah menulis adalah faktor fizikal. Latihan motor halus membantu, tetapi penggunaan motor kasar sama pentingnya. Menulis melibatkan postur badan dan penggunaan tangan, lengan, kepala, dan mata dengan betul.

Antara aktiviti bermain yang dapat meningkatkan kemahiran menulis adalah :


Aktiviti di taman permainan - bermain buaian, gelongsor dan palang bergayut membolehkan kanak-kanak memanjat, menggantung dan melompat. Aktiviti-aktiviti ini membantu kanak-kanak dalam merangsang semua deria rasa.


Aktiviti permainan luar - bermain "kereta sorong manusia", merangkak melalui terowong, badminton dan permainan bola keranjang dapat membantu menghubungkan laluan motor-neural yang diperlukan untuk menulis


Permainan tradisional dan Lagu-lagu bertepuk - melibatkan kanak-kanak dalam permainan yang memerlukan koordinasi mata-tangan seperti 'batu seremban', 'kalau anda gembira', pick-up sticks, guli dan teng teng.


Masa memasak - memasak dengan anak anda. Biarkan mereka menguli doh, menggulung dan memotong dengan pemotong permainan atau bermain dengan set memasak.


♡ Mengukir atau membentuk play dough atau tanah liat


♡ Melipat Origami atau mengunting kertas


♡Menulis dengan jari - melukis garisan dan menyalin bentuk menggunakan krim pencukur, dulang pasir atau cat jari


♡ Mengambil objek kecil dengan penyepit


♡ Memegang tiub ubat gigi yang kecil dan memusing penutup dengan ibu jari, jari telunjuk, dan jari tengah.


♡ Memakaikan baju anak patung - mengenakan butang, mengezip dan membuka baju, menyusun dan mengikat tali kasut anak patung.



CONTENGAN SI MANJA


Perjalanan Melukis dan Menulis Anak kecil (15 bulan sehingga 5 tahun)


Tahap 1: Contengan bebas ( 15-22 bulan )

Pada tahap ini kanak-kanak bebas menconteng menggunakan alat tulis seperti krayon, berus cat, pensel dan pen warna. Mereka juga boleh menggunakan jari mereka untuk menconteng ( finger painting ). Pada tahap ini kanak-kanak belum dapat mengawal penulisan mereka. Mereka hanya mampu membuat 'tanda' ( marks ) pada kertas. Kebanyakan mereka menggenggam alat tulis. Contengan yang dihasilkan adalah daripada pergerakan besar daripada bahu. Berilah mereka peluang untuk meneroka pelbagai alat tulis. 




Tahap 2: Contengan Terkawal ( 2 - 3 tahun )

Apabila kanak-kanak dapat mengawal otot-otot tangan dan jari mereka dengan lebih baik, contengan mereka akan lebih bermakna. Mereka mampu membuat garisan menegak, mendatar, condong dan bulatan yang terbuka 

( open circles ). Kanak-kanak pada tahap ini dapat mengulangi contengan yang sama. Pada tahap ini juga kanak-kanak akan mula memegang alat tulis dengan pegangan tripod

( menggunakan ibu jari dan jari telunjuk ). 





Tahap 3: Garisan & Bentuk ( 2 1/2 - 3 1/2 tahun )

Pada tahap ini kanak-kanak mula memahami mereka dapat menulis dengan membuat pelbagai bentuk garisan dan lengkungan. Mereka akan mula cuba menulis 'huruf' dan 'perkataan'. Pada tahap ini mereka akan mula memahami apa yang mereka tulis membawa makna. 

Pastikan anda melatih anak menulis huruf dengan betul 

( correct letter formation ) samada menggunakan alat tulis atau pun dengan jari ( finger painting & menyentuh huruf pasir ). Galakkan juga anak mencerita apa yang dilukis bagi merangsang perkembangan bahasanya. Ini adalah tahap awal latihan menulis karangan, iaitu melalui lukisan. 


Tahap 4: Lukisan Objek & Orang ( 3 - 5 tahun )

Pada peringkat awal kanak-kanak akan melukis dahulu dan melabelkan lukisan mereka kemudian. Mereka tidak merancang apa yang ingin dilukis. 


Kemudian mereka akan mula merancang apa yang akan mereka lukis. Mereka mula melukis dengan lebih terperinci. Mereka dapat mengawal alat tulis dengan lebih baik. Mereka juga pandai menggunakan warna-warna. Pada tahap ini kanak-kanak mula memahami penulisan simbolik. Mereka juga sudah dapat membezakan di antara penulisan dan lukisan. Anda akan melihat anak anda melukis gambar dan kemudian menulis sesuatu pada gambar. Sekiranya anda pupuk kemahiran ini, anak anda akan lebih mahir menulis cerita pada hasil lukisannya - bakal 'penulis' hebat suatu hari nanti. 

Monday, 23 March 2015

AJAR ANAK KENAL HURUF ALQURAN

Firstly.
Sebelum nak mula ajar anak kenal huruf-huruf Al-Quran.

Ibu kena la pandai dulu kan..hihi
Macam sy, sebab kecik-kecik dulu selalu ponteng kelas agama.
Bila besar xjd la hafizah..

Jangan jadi mcm sy oke. ;(
Besar ganjaran bila belajar untuk menjadi penghafaz
alquran.

Hanya orang terpilih.
jadi kena la banyak doa supaya allah pilih.

Dan ,
sy sebagai ibu, inilah langkah pertama saya.
Untuk ajar anak saya huruf alquran.
supaya cintanya kepada alquran didalam hati dia,
tersemat kuat,
insyaAllah.

Yg penting,
ibu kena sungguh-sungguh doa, supaya Allah pilih
anak-anak kita utk menjadi
hafiz hafizah,
alim alimah,
daie daieah,
soleh dan solehah.

Aamiin allahumma aamiin.

Ok continue semula.


Baik, untuk permulaan, apa yg sy praktikkan untuk ajar anak sy, perkara pertama yg sy kena buat, adalah mencari Alat Bantu Mengajar.

Sejujur nya,
dulu memang agak blur.
xthu nak mula dari mana.

Sampai la 1 masa tu,
Allah SWT temukan sy dengan Siri Cepat Membaca Al-Quran, iaitu Al-Furqan.

Susunan dalam Al-Furqan , bagi saya sangat strategik.
ikut keupayaan tahap bayi.
sebenarnya saya praktikkan al-furqan ni dari baby sy umur 6 bulan mcm tu.
sebelum tu, sy ajar ikut style sy je..
lepas jumpa buku ni, ajar sebut bunyi,
sy terus aplikasikan pd anak.

Yg bgs nya buku ni,
sy listkan oke?
next nanti sy terangkan mcm mana teknik yg sesuai nk ajar pulak.

Letih ke baca?
xpe, utk anak, ibu kena berkorban tuntut ilmu.

Kelebihan set al furqan, dia kenalkan huruf-huruf lazim alquran.
keutamaan huruf berdasarkan bunyi pertama yang keluar dr mulut bayi.

sb susunan huruf-huruf lazim, dari yg mudah untuk bayi sebut hingga yg susah sikit.

Selain tu, dalam set ni disertakan sekali dgn vcd panduan utk ibubapa, kad imbas pun ada tau......

So, bg sy sangat la senang.
dah sistematik.
nk tunggu ibu luangkan masa je nak ajar......

Hihihi

Kt bawah ni sy bg gambar la sikit ye.
supaya lebih jelas, dari tadi asyik bercerita jeee....

Penat mata...

Ello...itu excercise utk mata oke..

Yg xbgsnya, mengadap fon atau pc lama-lalma...hehehe


siap ada lirik lagu oke.
ibu kena hafal.

Ajak anak nyanyi sekali.
apa-apa aktiviti ibu kena jd over excited tau.
salah 1 cara nk suntik semangat kat anak tu.





Oke yg bawah ni, vcd panduan untuk ibu.
wajib khatam dulu oke.

Kate nk jd guru pertama pd anak?
kena la khatam dulu.

Ye dok...hehe



And ni pulak, kad imbas. 


And last, 
yg my baby sgt suke!

Jeng, jeng jengggg..

Vcd alfurqan.
salah satu Alat Bantu Mengajar yg happy!


Apabila bunga kembang berseri.

Laa...laa..laaaaaa...

sekian.^^

Anak-anak Super Power


Bagaimana mengajar anak-anak langsang membaca? Anak-anak yang membuak-buak dengan tenaga super powers?
Pastikan terdapat ADRENALINE PLAY sebelum sesi membaca (atau sesi pembelajaran yang lain).

Main sikit-sikit tak cukup untuk anak super powers ni.
Berlari sikit-sikit pun tak cukup.

Berlumba lari, melompat di atas trampolin, pillow fight, water fight dan gomol-menggomol ( rough and tumble play ) adalah di antara contoh adrenaline play. Pastikan ada elemen keseronokan dan sedikit takut sekali gus! Barulah terpancut adrenaline!




Sekira anda guru kelas membaca, dapatkan sokongan ibu bapa untuk melakukan Adrenaline Play di rumah sebelum datang kelas kerana faktor masa.
Saya tahu ada guru yang menjadikan aktiviti melompat di atas trampolin sebagai selingan aktiviti membaca.


Dicadangkan anak-anak super powers ini melakukan adrenaline play sekurang-kurangnyasekali sehari. Sesetengah yang terlajak lebih super power, memerlukan 2 kali adrenaline play dalam sehari.
Adrenaline play tidak digalakkan pada waktu hampir tidur.


Ibu bapa juga mesti menjaga diet anak-anak super power. No sugar please. No candies. No canned drinks.


Sekiranya anak-anak super power ini tidak daput menyalur keluar tenaga mereka yang membuak-buak , pasti mereka akan meragam, bad mood dan tiada fokus pembelajaran. 


Adrenaline play good for kids and and good for us!

Monday, 9 March 2015

KAEDAH FONETIK 1


Sudahkah anda bersedia untuk belajar membaca? Sebagaimana yang dijelaskan pada isu lepas, anak-anak yang diberi rangsangan yang sesuai akan bersedia untuk belajar membaca seawal usia 3 tahun. Bagaimanapun, apakah kaedah yang sesuai dengan anak-anak anda? Kaedah mengeja? Jangan. Kaedah suku kata? Tidak juga. Gunakanlah kaedah fonetik.







Mengapa? Kaedah fonetik adalah kaedah yang paling sesuai dengan kanak-kanak kerana kaedah ini telah dibuktikan secara saintifik sebagai kaedah otak manusia membaca. Kajian telah menunjukkan bahawa otak membaca dengan memecahkan perkataan yang dilihat kepada bunyi-bunyi, lalu otak membunyikan huruf-huruf yang dilihat bagi menyebut atau membaca perkataan itu. Kaedah lain bukan sahaja tidak sesuai untuk kanak-kanak bahkan menyusahkan mereka, lambat, mengelirukan dan membebankan memori. 

Ada beberapa perkara JANGAN yang perlu ibu bapa tahu supaya tidak menyusahkan anak-anak apabila mengajar membaca.



JANGAN ajar nama-nama huruf contohnya ‘ei’ untuk huruf ‘a’, ‘bi’ untuk huruf ‘b’ dan seterusnya kerana anak-anak yang tahu nama-nama huruf tidak semestinya dapat membaca. Bahkan mengajar mengenal nama huruf a, b, c adalah halangan pertama membaca. JANGAN ajar anak mengeja-eja huruf pada perkataan-perkataan yang dilihat kerana mengeja melibatkan dua proses iaitu menyebut nama huruf dan membatang pola-pola ejaan. JANGAN ajar anak mengenal bunyi huruf sambil mengenalkan nama huruf sekaligus, contohnya seperti menyebut ‘ei’ (huruf ‘a’) bunyinya ‘a’ kerana anak tidak perlu tahu nama huruf untuk membaca. JANGAN ajar anak menghafal mana-mana suku kata atau perkataan apabila mula mengenal perkataan kerana kanak-kanak akan terbeban dengan ratusan pola-pola ejaan yang menyukarkan. JANGAN ajar huruf-huruf besar dahulu kepada kanak-kanak kerana huruf besar tidak penting kepada kanak-kanak pada peringkat awal.


Jadi apakah yang BOLEH dalam mengajar anak membaca mengikut kaedah fonetik? Membaca mengikut kaedah fonetik melibatkan proses awal berikut; Memperkenalkan bunyi secara sistematik




anak-anak perlu tahu bunyi huruf – iaitu dapat menyebut bunyi dan ingat bunyi huruf yang diajarkan anak-anak perlu kenal huruf – iaitu bentuk, rupa dan cara tulis huruf tersebut anak-anak dapat mengaitkan huruf yang dilihat dengan bunyi yang berkaitan.

Kanak-kanak seawal usia 3 tahun dapat mengecam dan membezakan bunyi-bunyi dan bentuk-bentuk pada usia ini. Oleh itu dengan teknik yang betul anak-anak dapat mengenal bunyi dan mengaitkan bunyi tersebut dengan bentuk huruf yang ditunjukkan dengan cepat. Anak-anak dapat menyebut bunyi ‘aa’ apabila melihat huruf ‘a’ (nama huruf ‘ei’) dan bunyi ‘ii’ apabila melihat huruf ‘e’. Sehubungan itu, apabila anak-anak melihat huruf ‘ani’, dia akan menyebut bunyi ‘aa’ ‘nn’ ‘ii’ (iaitu bunyi ani) bukannya ‘ei’ ‘en’ ‘ai’ (bunyi enai).


Beberapa teknik mengajar bunyi boleh dilakukan oleh ibu bapa tetapi kaedah asosiasi adalah yang terbaik. Melalui kaedah asosiasi, bunyi ‘aa’ tersebut boleh dikaitkan dengan aksi terkena api. Sakitkan? Jadi buat aksi orang terkena api sambil menjerit ‘aaaaaaa panasnya!’ Melalui asosiasi ini anak dapat mengingat dan menyebut bunyi dengan lebih berkesan, cepat dan berkekalan. Ikutilah kursus-kursus Bacalah Anakku atau rujuk buku panduan siri cepat membaca Bacalah Anakku.


Sebaik-baiknya ibu bapa tidak perlu memperkenalkan semua bunyi sekaligus. Memadai hanya beberapa bunyi asas terlebih dahulu. Sila dapatkan siri cepat membaca Bacalah Anakku yang telah disusun secara sistematik dalam pemilihan bunyi-bunyi huruf yang sesuai terlebih dahulu. Dengan mengikut susunan siri ini, anak dapat menguasai bunyi dengan lebih teratur dan berkesan. Oleh sebab laras bahasa Melayu terbina daripada gabungan huruf konsonan dengan huruf vokal ‘a’ ‘i’ dan ‘u’ lebih kerap, wajarlah bunyi-bunyi ‘a i u’ diperkenalkan dahulu. Lebih-lebih lagi bunyi-bunyi ini lebih senang disebut oleh kanak-kanak. Seterusnya bunyi-bunyi konsonan lain diperkenalkan satu persatu , contohnya ‘b’ ‘n’ ‘m’ ‘s’ dan ‘k’.


Seterusnya, dengan berpandukan siri cepat membaca Bacalah Anakku, ajar anak-anak membaca gabungan huruf konsonan dan vokal yang diajarkan , contohnya ‘b’ dan ‘a’ ‘i’ dan ‘u’ untuk membaca ‘ba’ ‘bi’ dan ‘bu’. Melalui kaedah fonetik, anak-anak tidak akan mengeja ‘ba’ menjadi “ba” ; tidak juga menghafal suku kata ‘ba’; tetapi mereka membaca dengan menggabung-gabungkan bunyi ‘beh’ (bagi huruf ‘b’) dan ‘aa’ (bagi huruf ‘a’)

Wednesday, 4 March 2015

Suka-Suka Foniks #1


Suka-Suka Foniks #1 / Phonics Fun #1

Bermula hari ini, insyaAllah saya akan share VERY SIMPLE ideas camne nak jadikan mengajar membaca lebih menyeronokkan. The activities that I'll be sharing can be used for teaching reading using Bacalah Anakku and also Readeasy. Bestkan 2 dalam 1. You can use these games during circle time or in your reading class, at home or even when you are on the way to send your kid to school.


Suka-suka Foniks #1/ Phonics Fun #1

Pemain: 2 atau lebih.
Bahan: Tiada


Jom kita main game sebut perkataan *bermula dengan bunyi /b/. Kita gilir-gilir sebut ok?Mama/Papa/Cikgu mula dulu.
Jangan lupa kita tak boleh ulang perkataan yang sama ye.


Mama/Papa/Cikgu mula dulu. "Baju."


Galakkan anak menyebut perkataan lain bermula dengan /b/.
Kalau anak has problem give clues. Clues can be pictures(hmmm kena prepare dulu la ye) atau soalan-soalan seperti "Bentuknya bulat. Aiman selalu sepak benda ni." (Bola)
Saya suka clue yang ke dua sebab modal air liur. Boleh dibawa ke mana-mana. 

*Variasi permainan: Perkataan berakhir dengan bunyi X.

Phonics Fun #1

Players: 2 or more
Materials: None
Let's play a game. We'll take turns to say words *beginning with /b/. Remember we must not repeat the same word in each round.


Mama/Papa/Teacher will start first. "Bag."


Encourage your child to say words beginning with /b/. If he/she has difficulties, give clues.
Clues can be picture cards or questions such as " It's round and you can kick it. ". (Ball)


*Game variation: give words *ending with sound X.


Winner is the last person to give a word. Have fun!

PELAJARAN 1 : FATHAH LAZIM

4 huruf pertama yg diajar kan kepada bayi.



ABM : 

1. Kad imbas
2. VCD alfurqan.
3. Ibu (kikiki)

Jadikan pembelajaran itu suatu yg menyeronokkan anak-anak.^^

REMOTE BARU VS REMOTE LAMA

Ini adalah remote astro yg real.



1 dah rosak, jd terpaksa beli 1 lg.

rosak akibat anak tgk remote astro nampak sedap mcm kek mungkin. -_-

Nak dijadikan cerita.
Remote yg rosak sudah dijadikan bahan mainan.

Tapi, tetap nk remote yg baru beli.

Knp, dan knp.....

Knp dia xnak remote yg rosak..

Knp..knp..dan kenapa.

Motif share cerita ni...
Mmg xda motif.

Sj nk memenuhkan wall.
Sekian.

Nak pandai, zip mulut, duduk diam-diam.


Saya sering diberitahu " Puan anak saya tak boleh duduk diam semasa diajar membaca."

Betulkah hanya dengan duduk diam kanak-kanak akan belajar dengan lebih baik?

Mungkin banyak di antara kita ( saya pun ) diasuh kalau nak belajar MESTI DUDUK DIAM.

Biasalah saya dengar ibu bapa dan juga guru yang berkata:
Nak belajar, duduk diam-diam.

Nak dengar cikgu cerita, zip mulut, duduk diam-diam.
Kalau banyak bergerak, kamu tak dapat apa yang cikgu ajar.

Jom kita cuba faham kenapa kanak-kanak suka bergerak.

Di antara sebabnya:

1. Terlampau banyak gula dalam badan.
Sila kawal pemakanan anak-anak. Kurangkan air manis dan junk food.
Biasakan anak anda minum air kosong.

2. Kinesthetic learner ( geng kaki tangan ). Anak-anak kinesthetic learner mempelajari sesuatu melalui pergerakan.
Mereka kurang menangkap kalau diajar dengan melihat flash cards atau buku semata-mata.
Pelbagaikan teknik pengajaran dan pembelajaran ( PDP ). Pastikan PDP menarik ( engaging ) dan melibatkan pelajar secara aktif.

3. Anak lelaki. Memang otak anak lelaki lebih mudah beku sekiranya mereka dipaksa belajar secara konvensional - Sit and do your work quietly.
Do not move and do not talk - akan MENYIKSA anak kinestetik.

Kajian membuktikan anak lelaki 'wired to move'. Memang fitrah anak lelaki SUKA bergerak dan MESTI bergerak.


Bantulah anak kinestetik anda belajar dengan lebih baik:

1. Let him MOVE. Sediakan bola besar utk mengantikan kerusI.

2. Berikan FIDGET TOY untuk dipegang sambil mendengar guru mengajar. Bola kecil, mainan yang boleh dipicit atau diramas. Jelaskan kepada pelajar, yang memerlukan FIDGET TOY, untuk memastikan mainan tersebut berada di tangan mereka sepanjang masa.

NO throwing or rolling to others.




3. Apabila mengajar bunyi beri mereka peluang membentuk huruf dengan doh,mencantum puzzle huruf dan menyentuh huruf berpasir.




4. Apabila mengajar membaca dengan menggabung bunyi, beri peluang mereka menggabung bunyi menggunakan kad huruf atau huruf plastik/kayu.




5. Apabila membaca teks, minta mereka melakonkan apa yang dibaca.



6. Adakan 'breaks' yang lebih kerap. Ketuk ketampi adalah contoh exercise yang sangat baik. Telinga dipegang dan dipicit-picit sambil 'squatting'.


7. Tukar pendekatan mengajar anda. Apabila bercerita, cabar diri anda untuk mengHIDUPkancerita anda.

Gambar ihsan drp Pn Linda yang sedang bercerita mengenai bencana banjir.

Don't say to the children "Sit down and listen to the story". Make your story come ALIVE.

Friday, 27 February 2015

REMINDER 5 : 1


By Puan Nil Eliani Nik Nawi


Bukan mudah untuk mengajar anak kecil membaca. 
Hubungan ibu-anak atau bapa-anak atau guru-anak mesti bagus.
Kalau kita pelik kenapa anak kita lambat ok setelah merajuk, mungkin dia perlu dibelai lagi.



REMINDER 5 to 1:

Tahukah kita menurut kajian Barat, SATU perbuatan yang membawa emosi negative memerlukanLIMA perbuatan positif untuk mengembalikan emosi positif di dalam hubungan ( Aduhai berpeluh! ).


Sekiranya hati anak kita terluka kerana kita mengabaikan panggilannya dik terasyik bermain telefon, maka kita perlu melakukan LIMA perbuatan positif seperti:
1. Merenung matanya sambil memohon maaf.
2. Memeluknya.
3. Senyum ikhlas menembusi jantung hatinya. 
4. Mengusap kepalanya.
5. Menyediakan minuman kegemarannya,
sebagai contoh.


The positive interactions don't have to be big. But each interaction has to be meaningful to the child.


Note: Tip di atas boleh juga diguna pakai suami isteri.
Walau bagaimanapun, TIDAK DIGALAKKAN membeli LIMA hadiah samada untuk anak maupun isteri.


Walaupun best dapat hadiah, namum hadiah tidak banyak memberi impak emosi yang positif.
So don't waste your money, just RECONNECT.

SOFTBOOK

Anak suka gigit buku?
Nak ajar anak membaca awal?

Takpa.
sy ada buku yang sgt baik untuk bayi kita.

Harga setiap Softbook cuma Rm35!

Nak harga murah?
boleh!
Beli borong!^^

Atau taip
"Softbook murah" send 0129475925

Ada pelbagai tajuk dan kategori!

Jom lihat dulu!
Jika berminat, boleh whatsapp sy : 0129475925 (Ahlia redzuwan)










Anak suka gigit buku?
Nak ajar anak membaca awal?

Takpa.
sy ada buku yang sgt baik untuk bayi kita.

Harga setiap Softbook cuma Rm35!

Nak harga murah?
boleh!
Beli borong!^^

Atau taip
"Softbook murah" send 0129475925

Ada pelbagai tajuk dan kategori!

Jom lihat dulu!
Jika berminat, boleh whatsapp sy : 0129475925 (Ahlia redzuwan)