header

header

Tuesday, 27 January 2015

FC14-KAD IMBAS NOMBOR DENGAN MARKER



Kad Imbas nombor ade 16 kad

RM10


Berminat untuk membeli?
Whatsapp : 012-9475925 (Ahlia Redzuwan)


Masa Efisien Rangsang Anak

HASNITA PAMA

Tarikh: 3 Disember 2014

Kesibukan sebagai ibu dan ayah terutama yang bekerja membuatkan masa agak terhad untuk dihabiskan dengan anak. Jadi bagaimana hendak meluangkan waktu untuk membacakan buku cerita atau bercerita sambil mengeratkan hubungan erat ibu dan anak atau ayah dan anak?

Masing-masing sibuk mengejar masa dengan kerjaya di pejabat, hambatan kesesakan di jalan raya membuatkan masa yang tinggal hanya sedikit untuk si manja. Namun, anda patut ketahui yang aktiviti bercerita dengan anak kecil adalah salah satu aktivti yang dapat merangsang perkembangan mindanya.


Ia membantu anak merangsang imaginasi, menambahkan tatabahasa serta yang paling penting menguatkan hubungan rapat antara ibu ayah dengan anak. Tentu sahaja ada ibu bapa yang sibuk bekerja akan mengeluh bagaimana mereka dapat menghabiskan masa berkualiti dengan si anak bagi melakukan aktiviti tersebut.

Sebenarnya anda boleh membuat aktiviti tersebut pada bila-bila masa mengikut kreativiti anda. Jika tidak mampu bercerita dengan anak sebelum mereka tidur, anda boleh gunakan masa yang ada bersama mereka, misalnya di dalam kereta ketika dalam perjalanan menghantar mereka ke tadika atau taska untuk berbual dan bercerita.

Ciptakan suasana ceria dengan anda bercerita sebuah kisah yang menarik untuk didengar oleh anak. Untuk menambahkan lagi rasa ingin tahu anak, anda boleh buat cerita tersebut secara bersiri. Biar dia tidak sabar menanti hari esok untuk mendengar sambungan cerita.

Jangan benarkan anak anda menggunakan gajet seperti telefon pintar, tablet dan sebagainya sepanjang perjalanan tersebut kerana ia hanya akan menggagalkan aktiviti bercerita yang dirancang. Pastinya jika si anak sibuk bermain gajet, tumpuan dan fokus mereka kepada cerita anda akan berkurangan. Memang diakui gajet tersebut mampu membuatkan anak duduk diam tetapi ia langsung tidak membantu anda membina ikatan dan merangsang komunikasi dengan anak.

Sekiranya aktiviti ini sudah anda biasakan sejak anak usia bayi lagi, pasti ia tidak akan menjadi masalah kepada anda sekeluarga untuk mencipta keceriaan yang dapat merangsang perkembangan positif anak walaupun sentiasa sibuk mengejar masa.

Anak Mula Bercakap Kasar

Pernahkah anda mendengar si kecil yang sudah melangkah ke prasekolah mengeluarkan kata-kata kasar apabila bermain bersama kawan-kawannya atau ketika di rumah? Tentu anda terkeju kerana tidak menyangka si kecil sudah boleh mengeluarkan kata-kata kasar yang sememangnya tidak pernah diajar.

Perilaku anak-anak yang sudah bersekolah dan bersosial dengan pelbagai jenis kawan-kawan mendedahkan mereka dengan pelbagai perkara positif dan negatif. Sebagai ibu bapa, kita mesti bersedia untuk berhadapan dengan situasi ini.



Ia sebenarnya adalah perkara normal yang akan berlaku dalam kalangan kanak-kanak usia prasekolah. Mereka umpama sebuah span yang akan menyerap apa sahaja perkara baharu yang mereka pelajari tanpa mengetahui ia baik atau buruk.

Kanak-kanak usia ini terkenal sebagai golongan yang sangat cepat meniru apa sahaja perbuatan orang lain tanpa mengetahui apa yang ditiru itu betul atau salah. Maka tidak hairanlah mereka mudah mengikut apa yang ada di sekeliling seperti ahli keluarga, kawan-kawan sekolah dan rancangan televisyen yang ditonton.

Jadi, apakah cara terbaik mengendalikan anak sedemikian? Sudah tentu kita tidak boleh melarang mereka bercampur gaul dengan kawan-kawan yang memberikan pengaruh negatif kepadanya ketika di sekolah kerana kita boleh menemankannya sepanjang masa ketika dia bersekolah.

Cara terbaik yang boleh dilakukan oleh ibu bapa iaitu menjelaskan kepada si anak bahawa bercakap kasar atau berperangai buruk tidak baik, salah dan ia perbuatan yang kurang sopan. Jika anak pertama kali mengeluarkan kata-kata kasar tersebut, kita tidak boleh terus memarahinya. Sebaiknya ibu bapa bertanyakan dari mana dia mendengar kata-kata tersebut.

Setelah itu, tanyakan sama ada dia faham atau tidak maksud kata-kata tersebut kerana ada kes di mana anak langsung tidak tahu maksud kata-kata yang diucapkan. Selepas mendengar penjelasan daripada anak, kita berikan penjelasan kepadanya mengapa dia tidak boleh menggunakan perkataan kasar tersebut.

Percayalah, selepas mendengar penjelasan kita pasti anak tidak mahu mengulang perbuatannya kerana tidak mahu menjadi anak yang tidak disukai oleh kawan-kawan. Sememangnya perilaku anak banyak dipengaruhi oleh persekitarannya. Oleh itu sebagai ibu bapa, kita perlu sentiasa berkomunikasi dengan anak dan mengenali dengan siapa dia berkawan.

Ibu bapa perlu sentiasa mendampingi anak dan menjelaskan kepadanya bermacam perkara yang positif dan negatif supaya dia ada info dan ilmu dan seterusnya semakin bijak membuat pilihan dan tidak mudah dipengaruhi oleh persekitaran apabila dia semakin dewasa.

kredit : PaMa

FC13-KAD IMBAS JAWI DENGAN MARKER

RM10

Testimoni Puan Sarah: saya dah guna untuk 3 anak anak saya..saya gunakan untuk baby saya atirah 10bulan imbaskan pada dia, baby saya juga boleh gigit, xkoyak, kertas keras dan kalis air, boleh juga tampal kat dinding, anak saya yg umur 2tahun 10bulan dan umur 4tahun juga belajar menulis huruf atas flashcard ni dengan guna marker yg diberi..

FREE whiteboard marker 

Saiz setiap kad : 125mm x 87mm

Kad Imbas jawi ade 18keping kad yang dicetak depan dan belakang


Berminat untuk membeli?
Whatsapp : 012-9475925 (Ahlia Redzuwan)


KUASAI 1000 PERKATAAN DALAM MASA 50 JAM-KAD IMBAS CEPAT MEMBACA SAYANGKU





Kad Imbas Cepat Membaca Sayangku

RM19.90

Kad Imbas Cepat Membaca Sayangku diterbitkan untuk membimbing kanak-kanak dalam menguasai kemahiran mengenal huruf, menyebut suku kata dan membaca dalam masa 50 jam dan kurang.

Penggunaan 1000 perkataan yang mudah, dibatangkan dan diwarnakan mengikut suku kata adalah untuk memudahkan kanak-kanak menyebut setiap perkataan. Bimbingan daripada ibubapa dan guru secara konsisten adalah penting untuk memastikan sebutan dan bacaan kanak-kanak tepat dan lancar.Pilihan bahan bantu mengajar terbaik dalam proses pengajaran dan pembelajaran demi kecemerlangan pendidikan kanak-kanak...


Jadikan anak anda setiap hari bertambah bijak dengan Kad Imbas Cepat Membaca Sayangku...







Berminat untuk membeli?
Whatsapp : 012-9475925 (Ahlia Redzuwan)

KAD IMBAS KANAK-KANAK BIJAK NOMBOR & BENTUK


KAD IMBAS KANAK-KANAK BIJAK NOMBOR & BENTUK
RM16.00




Panduan untuk Ibu Bapa dan Guru

Kandungan

Mengandungi gambar dan perkataan pada kedua-dua belah 16 keping kad.

Kad Imbas

Kad inbas ini direka bentuk secara unik untuk membolehkan kanak-kanak belajar dengan cara mudah, cepat dan berkesan. Tunjuk setiap kad kepada kanak-kanak untuk membolehkan mereka melihat gambar. Kemudian, sebut perkataan atau nombor yang tertera dengan kuat dan jelas. Lakukan proses ini berulang kali untuk mengukuhkan pemahaman mereka.

Permainan

Kad imbas ini juga boleh dijadikan bahan mainan yang menyeronokkan. Misalnya, kanak-kanak boleh bermain sambil belajar apabila cuba mengenal pasti atau menyebut objek yang ditunjukkan. Anda juga boleh menguji kecekapan mereka mengeja perkataan atau meminta mereka memilih kad imbas yang betul apabila diarahkan berbuat demikian.

Pilihan Bahan Bantu Mengajar Terbaik

Ilustrasi menarik dan berwarna-warni membolehkan kanak-kanak memahami seterusnya memantapkan pemahaman mereka. Kad imbas ini juga dijamin memenuhi keperluan para guru, ibu bapa dan kanak-kanak dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Semoga penerbitan kad imbas ini dapat menjadi panduan utama dalam mendidik kanak-kanak kearah kecemerlangan pendidikan.


Berminat untuk membeli?
Whatsapp : 012-9475925 (Ahlia Redzuwan)

KAD IMBAS KANAK-KANAK BIJAK JAWI KERTAS TEBAL

KAD IMBAS KANAK-KANAK BIJAK JAWI KERTAS TEBAL

RM16


Panduan untuk Ibu Bapa dan Guru

Kandungan

Mengandungi gambar dan perkataan pada kedua-dua belah 16 keping kad.

Kad Imbas

Kad inbas ini direka bentuk secara unik untuk membolehkan kanak-kanak belajar dengan cara mudah, cepat dan berkesan. Tunjuk setiap kad kepada kanak-kanak untuk membolehkan mereka melihat gambar. Kemudian, sebut perkataan atau nombor yang tertera dengan kuat dan jelas. Lakukan proses ini berulang kali untuk mengukuhkan pemahaman mereka.

Permainan

Kad imbas ini juga boleh dijadikan bahan mainan yang menyeronokkan. Misalnya, kanak-kanak boleh bermain sambil belajar apabila cuba mengenal pasti atau menyebut objek yang ditunjukkan. Anda juga boleh menguji kecekapan mereka mengeja perkataan atau meminta mereka memilih kad imbas yang betul apabila diarahkan berbuat demikian.

Pilihan Bahan Bantu Mengajar Terbaik

Ilustrasi menarik dan berwarna-warni membolehkan kanak-kanak memahami seterusnya memantapkan pemahaman mereka. Kad imbas ini juga dijamin memenuhi keperluan para guru, ibu bapa dan kanak-kanak dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Semoga penerbitan kad imbas ini dapat menjadi panduan utama dalam mendidik kanak-kanak kea rah kecemerlangan pendidikan. 



Berminat untuk membeli?
Whatsapp : 012-9475925 (Ahlia Redzuwan)

KAD IMBAS KANAK-KANAK BIJAK ABJAD & WARNA

RM16.00


KAD IMBAS KANAK-KANAK BIJAK ABJAD & WARNA

Panduan untuk Ibu Bapa dan Guru

Kandungan

Mengandungi gambar dan perkataan pada kedua-dua belah 16 keping kad.

Kad Imbas

Kad imbas ini direka bentuk secara unik untuk membolehkan kanak-kanak belajar dengan cara mudah, cepat dan berkesan. Tunjuk setiap kad kepada kanak-kanak untuk membolehkan mereka melihat gambar. Kemudian, sebut perkataan atau nombor yang tertera dengan kuat dan jelas. Lakukan proses ini berulang kali untuk mengukuhkan pemahaman mereka.

Permainan

Kad imbas ini juga boleh dijadikan bahan mainan yang menyeronokkan. Misalnya, kanak-kanak boleh bermain sambil belajar apabila cuba mengenal pasti atau menyebut objek yang ditunjukkan. Anda juga boleh menguji kecekapan mereka mengeja perkataan atau meminta mereka memilih kad imbas yang betul apabila diarahkan berbuat demikian.

Pilihan Bahan Bantu Mengajar Terbaik

Ilustrasi menarik dan berwarna-warni membolehkan kanak-kanak memahami seterusnya memantapkan pemahaman mereka. Kad imbas ini juga dijamin memenuhi keperluan para guru, ibu bapa dan kanak-kanak dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Semoga penerbitan kad imbas ini dapat menjadi panduan utama dalam mendidik kanak-kanak kea rah kecemerlangan pendidikan. 

Berminat untuk membeli?
Whatsapp : 012-9475925 (Ahlia Redzuwan)



FC11-KAD IMBAS IQRA'

RM 12.00








Cara Paling Bagus Untuk Mengajar bayi anda membaca adalah dengan Menggunakan Teknik Flash Card





Cara Menggunakan Flashcard ini

1. Satu set digunakan untuk gantung di bilik atau berdekatan tempatnya bermain. Tampal 5 huruf sahaja setiap masa. Bila dah kenal, tukar dengan 5 Huruf yang lain.


2. Satu set digunakan untuk aktiviti mengajar dengan flashcard pada dia seperti ibu adik Yusuf Fansuri di dalam Video ini

3. Satu set standby. Gerenti pada permulaan kita mengajar dia, dia akan berebut flashcard dengan kita menyebabkan ianya cepat rosak, koyak kena gigit dan sebagainya (tempoh bermesra dengan flashcard) .. maka set standby ini adalah memastikan pengajaran tidak berhenti. Bila dah mesra (dah kenal huruf) mereka akan tidak berebut lagi flashcard dengan kita





Inilah isi kandungan 32 keping kad yang dicetak depan dan belakang



Ada 28 kad yang berbaris atas..Contoh kad yang berbaris atas


Ada 28 kad yang berbaris atas, bawah dan depan .Ini adalah contoh kad





Dan ada 8 kad untuk anak-anak belajar membezakan huruf. Ini adalah contoh kad



TIPS CARA GUNA FLASHCARD/KAD IMBASAN

Hanya flashkan sekali sehari sahaja setiap hari selama beberapa bulan, anda pasti akan nampak hasilnya.

Pastikan anak anda gembira semasa bermain dengan Flashcard dan juga pastikan anda sebut huruf dalam Flashcard secara kuat, jelas dan berulang-ulang.

Untuk lebih berkesan, flashcard kan kad tersebut dengan laju, iaitu satu kad selama satu saat sahaja..

Mengapa nak flashkan kad satu kad satu saat sahaja?

Flash Cards Activate and Develop the Right Brain...
When cards are flashed at high speed they develop your child's instant (photographic) memory — the right brain's memory is activated and it will develop quickly and easily.

The Right Brain and Left Brain will be Connected
When using flash cards, try to flash less than one second per card or as fast as you can and say the words on the back of the cards at the same time.
The images are processed by the right brain and the words you speak are processed by the left brain. As a result, the child will also more easily learn new words through the activation of the left brain in conjunction with the right-brain images..


Berminat untuk membeli?
Whatsapp : 012-9475925 (Ahlia Redzuwan)


FC09-KAD IMBAS BIJAK ALIF BA TA

Kad ini Mengandungi 52 keping kad yang dicetak depan dan belakang.

Gambar Depan Kotak Kad:


Gambar belakang kotak kad:


Saiz Kad :
Lebar: 15 cm
Panjang : 23 cm


Gambar gambar kad imbas









Berminat untuk membeli?
Whatsapp : 012-9475925 (Ahlia Redzuwan)


BACALAH SAYANG- KAD IMBAS NOMBOR & BENTUK

Price: RM10.90





Contoh gambar pada bahagian depan kad


Contoh gambar pada bahagian belakang kad



Berminat untuk membeli?
Whatsapp : 012-9475925 (Ahlia Redzuwan)

7 Tanda Si Kecil Sayangkan Anda


Anak yang semakin membesar, pastinya menguja ibu bapa. Kasih sayang diberikan sepenuhnya kepada anak kecil ini. Bak kata pepatah, Ibu mana tidak sayang terhadap anaknya. Tetapi bagaimana pula anda mengetahui anak sayang anda. Bersama NORHASLIZA YUSOFF untuk mengetahui tanda-tanda si kecil menyayangi anda.



1. Si Kecil Ceria Melihat Wajah Anda

Sejak bayi dia berusaha untuk mengingati wajah anda. Dia akan merenung wajah anda dalam tempoh yang lama. Memang benar, dia tidak memahami apa-apa tentang dunia sekitarnya. Tetapi dia tahu, anda sangat penting buat dirinya. Apabila usianya meningkat satu tahun dia memberikan senyuman yang paling lebar kepada orang yang disukainya. Dia mula berhati-hati terhadap orang yang tidak dikenali dan wajah yang jarang dilihat. Menjadi lebih gelisah apabila dipisahkan dari ibu bapa.

2. Si Kecil Berfikir Tentang Anda

Walaupun anda tidak berada di sampingnya, dia tetap mengingati anda. Lazimnya antara 12 hingga 24 bulan, dia akan mengerutkan wajahnya dan melihat sekelilingnya apabila ditinggalkan sendirian dalam bilik. Kandang kala, menunjukkan reaksi gelisah apabila anda tidak berada di sampingnya. Tetapi kembali ceria dan tersenyum apabila anda kembali mendapatkannya.

3. Si Kecil Buat Ragam

Jangan salah faham! Jeritan tangisan yang diluahkan bukan tanda dia tidak menyukai anda dan tidak sayang anda. Dia bersikap begitu kerana dia terlalu mempercayai anda sepenuhnya. Dia mahu meluahkan rasa tidak selesa kepada anda tanpa rasa bersalah dengan harapan anda akan menenangkannya.

4. Si Kecil Bertatih Berlari Kepada Anda

Dia berlari ke sana sini tanpa henti, lalu terjatuh dan menangis. Dia berlari mendapatkan anda. Dia amat memerlukan anda apabila menghadapi kesulitan. Walaupun pada awal usia satu tahun, pertuturannya masih belum lancar tetapi tingkah laku ini jelas menunjukkan dia sayang anda. Malah ada sesetengah kanak-kanak kecil masih belum mengetahui pengertian sebenar ‘mama saya kamu’.

5. Si Kecil Membuat “Kejutan” Kepada Anda

Sedang anda minum petang di halaman rumah, anak kecil memberi ciuman di pipi anda. Emosi yang ditunjukkan oleh anak ini menunjukkan perkembangan emosinya yang positif. Dia begitu menghargai anda dengan memberi kejutan buat anda.

6. Si Kecil Minta Persetujuan Anda

Dia akan mulai meminta anda untuk bersetujuan terhadap apa yang ingin dilakukannya. Dia mahu segala perbuatan yang dilakukannya nanti akan dihargai oleh ibu bapanya. Walaupun ia menunjukkan ada unsur si kecil bimbang akan dimarahi oleh anda, tetapi secara tersirat, si kecil sentiasa mengingati kata-kata nasihat anda supaya berkelakuan baik setiap masa. Sikap sebegini menunjukkan tingkah laku si kecil semakin baik.

7. Si Kecil Dengar Arahan Anda

“Adik, tolong mama kemas permainan dan masukkan dalam beg ini.” Si kecil menuruti arahan anda itu walaupun dia sedang seronok menonton rancangan kartun kegemarannya. Walaupun kerja mengemas itu hanya sekejap dilakukannya, tetapi kesanggupannya untuk berhenti membantu anda itu jelas menunjukkan dia menyayangi anda. Pendekatan ini juga mampu melatihnya pada awal usia tentang disiplin diri.




kredit to: majalahpama.com.my


KLIK SINI

 (pembekal barangan pendidikan awal kanak-kanak)

Monday, 26 January 2015

Kaedah Mengajar Bayi Mengenal Al-Quran

Artikel ini ditulis oleh Puan Mazlina Karim yang telah berjaya mendidik anak-anaknya dari bayi hingga dia boleh membaca al quran dan menghafal 30 surah al-quran pada umur 3 tahun. Belaiu merupakan Ibu kepada 2 orang anak Darwish dan Darwisha

Terima kasih kerana menyumbangkan artikel yang hebat ini. 






Flashcard Huruf Hijaiyah bertanda atas, bawah dan depan yang saya gunakan untuk mengajar anak-anak saya mengenal huruf. Rata-rata 3 set untuk seorang anak sebelum anak saya mengenal huruf.. Tentulah mula-mula beli satu, kemudian bila dah hancur, anak masih belum habis mengenal, beli satu lagi dan seterusnya. Selalunya kehancuran kad huruf ini adalah disebabkan ianya di ronyok, digigit dan sebagainya oleh anak kita. 


Sekiranya anda memerlukan Flashcard, anda boleh melayrai laman web ini untuk mendapatkan Flashcard untuk anak-anak anda..Boleh Klik Sini









Set Buku dan VCD al Furqan yang saya gunakan untuk mengajar anak saya dari mula hendak mengenal huruf hingga dia boleh membaca. Habis set ni, saya sambung dengan buku iqra' biasa yang ada jilid 1-6, tapi start dengan buku Iqra 3 dan seterusnya.




Sekiranya anda memerlukan Set Al-Furqan, anda boleh mendapatkannya disini.Boleh Klik Sini.



Untuk membiasakan dengan sebutan yang betul dan tajwid yang sempurna, selalu memperdengarkan pada mereka bacaan alQuran dari CD atau VCD setiap pagi atau/dan maghrib. Dia sendiri akan tahu bacaannya salah jika dia membacanya salah seperti yang berlaku pada anak saya kerana selalu mendengarnya dari CD/VCD. Sekiranya anda perlukan pelbagai tajuk VCD yang bagus untuk anak-anak anda, dapatkan disini.Boleh Klik Sini


Pengenalan

Rata rata saya dapati di Malaysia ini ramai yang mula mendedahkan kanak kanak untuk mula belajar samada membaca, mengira atau mengaji umur 4-5 tahun. Sebab itu kita lihat ramai ibu bapa menghantar kanak-kanak bersekolah tadika/pre school umur usia tersebut. 

Sebenarnya otak kanak-kanak sudah sangat bersedia untuk menerima apa-apa pelajaran sejak lahir. Otaknya pada waktu ini ibarat sponge yang amat mudah menyerap air jika diletakkan di air. 

Mengikut kajian sains, pada umur 2 tahun, kapasiti otak kanak-kanak adalah menyamai 80% otak dewasa. Kanak-kanak semuanya sama. Yang membuat mereka berbeza adalah didikan yang kita dedahkan pada mereka pada waktu usia kritikal ini. 


Setelah saya mencuba dan nampak hasilnya pada anak saya, saya ingin kongsikan pada semua kaedahnya ini. Apapun saya boleh buat kesimpulan memang benar kata orang bahawa pendidikan bermula dari rumah. Kaedah saya bermula dari bayi baru lahir hingga 3 tahun. 

Saya tidak berjumpa lagi sekolah khas yang mengajar bayi baru lahir hingga 3 tahun ke atas di Malaysia ini. Kalau pusat jagaan kanak-kanak memang ada merata untuk umur ini. Maka, si ibu atau bapalah yang perlu menjadi gurunya dan rumahlah menjadi sekolahnya. 



Anda boleh menggunakan kaedah ini samada untuk mengajar anak anda ABC dan seterusnya membaca atau Alifbata dan seterusnya mengaji semuanya terpulang pada pilihan anda. . 

Apapun saya yakin ini kerana otaknya telah dilatih untuk memberi respons yang cepat untuk belajar waktu saya mengajarnya mengaji setiap hari.


Mungkin ada kaedah lain yang di luar pengetahuan saya tetapi ini sahaja kaedah yang saya tahu dan guna pakai sehingga anak saya boleh membaca al Quran sebelum umur 3 tahun. Saya ingin kongsikan kaedahnya kerana saya telah melihat akan hasilnya.

 Saya dapati ramai yang tidak terdedah tentang mendidik anak dari bayi. Atau mungkin pernah mendengar tetapi tidak tahu kaedahnya. Semoga perkongsian saya ini memberi manfaat kepada masyarakat Islam bagi melahirkan lebih ramai generasi bijak pandai yang berpegangkan pada al Quran dan as Sunnah. 

Bagi saya setiap bayi telah dilahirkan dengan anugerah yang tersembunyi dan ibu bapalah yang membantu mengeluarkan anugerah ini MUNCUL untuk mereka gunakan seumur hidup. 




Pelaburan Anda untuk memulakan kaedah ini : 


1. Beli Buku Al Furqan set beserta CD. Boleh dapatkan disini 

(dalam RM25 untuk 4 buku beserta CD lagu dan gambar kartun yang menarik. Pasang CD jika anda nak melekakan dia untuk buat kerja rumah. Biasalah ibu letak anak depan TV bagi mereka leka untuk senang kita buat kerja. Anda juga boleh beli CD iqra untuk kanak kanak jenis lain yang menarik dan banyak di pasaran.)


2. Beli Flash Card Alif Ba Ta dan latih setiap pagi. Boleh dapatkan disini


3. Gula-gula yg diperbuat dari madu atau bahan yg bagus, Mayfirst bilberry colostrum (kesukaan anak saya), coklat kacang badam atau lain-lain sebagai hadiah kalau habis belajar 1-2 muka surat dengan kita. Boleh mula di beri jika mereka faham akan do n reward system. Kalau kecil lagi tak perlu.



PANDUAN MENGAJAR 


a) Disiplinkan mengaji sekerap mungkin. Saya buat 5 hari seminggu. Dalam seminggu mesti ada 1-2 hari yang saya miss! Selalunya saya akan mengajar paling awal jam 8.30 malam dan paling lambat jam 9.30 malam setiap kali mengaji. Waktu siangnya sentiasalah sibuk sangat sangat termasuklah hari Sabtu dan Ahad.


b) Jangan marah. Selalunya orang cepat naik angin kalau ajar budak banyak kali tapi tak dapat2 juga. Lebih-lebih lagi kalau kanak-kanak tu anak sendiri. Kalau anak orang lain, segan sikit nak marah kerana nanti dia balik mengadu dengan ibu bapanya. Kalau anda rasa nak marah, tarik nafas panjang-panjang dan bertenang. Ingat jika kita selalu marah kanak-kanak waktu mereka mengaji, mereka akan tidak suka mengaji dan susah untuk disuruh mengaji kerana mungkin phobia. 


c) Hanya marah jika mereka tak mahu mengaji.


d) Puji dan tepuk tangan seta buat buat happy jika mereka membaca dengan betul.

Beri imbuhan setelah selesai mengikut apa yang mereka mahukan atau apa yang kita janjikan selepas mengaji. 


e) SABAAAAR dan tak lupa disiplinkan diri kita sendiri dan anak kita untuk mengaji setiap hari. Jangan expect anak otomatik pandai bila kita sekali mengajar. Ia memang benar-benar mencabar untuk mengajar anak-anak kecil yang berumur setahun dua yang tak tahu nak duduk diam. Tapi hasilnya lumayan! Bayangkan kita tunjuk flashcard pada budak umur setahun, kalau tak cepat, tangannya tangkas mencapai flashcard tersebut untuk dikeronyok2.



f) Rajin2 membacakan surah yang kita ingin anak kita hafal sebelum mereka tidur malam dan sebelum mereka bangun dari tempat tidur waktu pagi. Lama-lama mereka boleh mengikut kita membacanya.. Kalau tak hafal, bolehlah pasang CD mengaji. Saya percaya kalau kita tak menghafal, tetapi nak mengajar anak menghafal, kita pun boleh jadi hafal.


g) Yang paling penting, sentiasa berdoa dan bertawakkal pada Allah untuk kebaikkan yang terbaik buat anak-anak dan kita. Berdoalah di dalam dan diluar solat. Berdoa boleh menimbul sikap positif pada diri kita dalam mendisiplinkan diri untuk mengajar mereka. Lebih bagus berdoa ketika kanak kanak masih kecil dan tidak lagi banyak dosanya. Ramai yang lalai mendoakan untuk anak dan cuma mula berdoa ketika anak sudah dewasa dan melakukan perkara yang tidak disukai supaya dia boleh berubah. Ketika ini mungkin agak susah walaupun belum terlambat.


Kaedah ini amat sesuai untuk bayi baru lahir hingga 2-3 tahun. Saya dapati jika kanak-kanak 4-5 tahun yang telah didedahkan dengan Ultraman, Doraemon dan bermacam-macam lagi cerita kartun yang pelbagai, tidak mahu mengikuti CD dan program ini mungkin bagi mereka ianya membosankan. Sebaliknya kanak-kanak yang didedahkan dengan CD mengaji/Iqra ini sejak lahir akan teruja melihat flash kad atau buku yang berhuruf sama seperti yang mereka lihat di TV. Ini menjadikan mereka 'cinta' al Quran dan seronok bila di suruh mengaji.



Saya ingatkan semula ungkapan Pengkaji Bayi, Dr Robert Titzer menyatakan 'Windows of opportunity for natural learning is from birth until 4 years old'. Melihat pada anak saya, saya boleh katakan mereka memang mencintai apa yang diajar secara semulajadi.


**Dapatkan lebih banyak produk-produk yang membantu anak anda belajar Quran disini https://www.facebook.com/threehundredandthirteenshop/photos_stream?tab=photos_albums







Ada juga yang perasan tentang saya memberi 2 posting kaedah menghafal yang berbeza yang saya gunakan untuk anak saya dalam blog ini hingga jadi keliru. Itu tandanya ada yang sudah mempraktikkannya pada anak sendiri. Alhamdulillah, bertambah saham saya..



Memang betul saya guna kaedah al huffaz semasa melatih Darwisya menghafal 30 surah pertama. Ia adalah satu kaedah yang baik untuk kanak kanak yang baru mula belajar menghafal. Jika mereka dah dapat skill menghafal 30 surah terakhir tu, buku al huffaz tidak perlu digunakan lagi. Seterusnya boleh guna alquran sahaja. Hinggalah satu hari skill ini semakin tajam sehingga mereka boleh menghafal satu muka surat dalam beberapa minit sahaja. Menghafal dan mengingat ini adalah satu kemahiran pada kanak-kanak yang boleh diasah.



Walaupun dulu saya menggunakan buku al huffaz dan kini tidak, memperdengarkan bacaan melalui CD tetap sama. Semasa 30 surah pertama, saya mengalunkan bacaan adik Ahmad Saud, selepas khatam 30 surah, untuk surah lain saya mengalunkan bacaan Sheikh Misyari Rashid Al Afasy. Ini adalah kerana Adik Ahmad Saud tiada punya bacaan surah-surah lain selain 30 surah terakhir tersebut. Apa pun caranya tetap sama untuk melatih kanak-kanak menghafal.. MENDENGAR, MEMBACA sehingga lancar, dan kemudian baru MENGHAFAL.





Alhamdulillah Darwisya semakin sihat dan semoga apa yang berlaku tidak memberi kesan jangka panjang pada kesihatannya atau pada perkembangan otaknya. Bercakap tentang perkembangan kanak-kanak, pembaca pasti tahu saya mempunyai seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki. Setelah mendidik mereka dengan cara yang sama, saya dapat melihat perbezaan keduanya yang begitu ketara. Adalah salah untuk meletakkan pencapaian/target yang sama pada anak-anak kerana setiap mereka adalah berbeza. Apa lagi kalau mereka memang dari jantina yang berbeza. Saya memang tahu akan fakta ini tetapi saya tetap meletakkan objektif yang lebih tinggi hanya kerana saya memulakan mengajar Darwish lebih awal dari Darwisya. Apapun itu jika saya membuat perbandingan antara kakak dan adik pada umur yang sama. Tetapi jika dibandingkan dengan kanak-kanak lain, sudah tentu Darwish jauh pencapaiannya. Dia kini melancarkan huruf bersambung dan dalam buku terakhir al Furqan. Selepas habis buku ini dia akan boleh mula membaca quran. 




Jika kakaknya, Darwisya, sudah boleh mula membaca walaupun merangkak pada umur 2 tahun 8 bulan dan mula belajar menghafaz, adiknya Darwish mungkin agak kebelakang sedikit. Ini kerana beberapa faktor yang saya rasa sinonim dengan kanak-kanak lelaki :




1) Lebih bermain

2) Buas

3) Tidak fokus

4) Tidak boleh duduk diam walau dimarah (tak takut)




Itu belum dicampur faktor semulajadi kebanyakkan mereka seperti lambat bercakap dan sebagainya. Darwish masih tidak boleh bercakap dengan sempurna. Contoh lorry disebut oo-ii dan robot disebut oo-bot. Itu bukan lagi perkataan lain yang boleh disebut tapi tidak jelas. Setiap hari saya melatihnya untuk menyebut dua perkataan ini tapi belum lagi berjaya nampaknya. Pentingnya menyebut lorry dan robot kerana jika berjaya, dia akan boleh menyebut perkataan 'Bismillahirrahmanirahim' dengan sempurna. Harapan saya tinggi supaya dia boleh menyebutnya sebelum dia memulakan hafazan secara serius seperti Kak Wisyanya. Namun, saya pasrah jika ianya tidak berlaku secepat seperti yang saya harapkan.


Kredit to blog: http://darwishndarwisya.blogspot.com




Didiklah anak-anakmu bersungguh-sungguh

"Wahai orang-orang yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: adalah manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala perkara yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala apa yang disuruh." (Surah At-tahrim: 6)