header

header

Monday, 26 January 2015

Mengajar Anak Mengenal Al-Quran

Mari renungkan "Hak seorang anak adalah kamu hendaklah menyedari bahawa dia berasal daripada kamu. Jika dia baik atau jahat, semuanya berkait dengan kamu.

Kamu adalah bertanggungjawab untuk membesarkan, mendidik dan membimbingnya ke jalan Allah serta membantunya menjadi anak yang taat. Kamu wajib melakukan sedemikian sehingga kamu berbuat baik kepadanya, kamu yakin kamu akan mendapat ganjaran dan jika kamu berbuat tidak baik kepadanya, kamu akan mendapat seksaan"

Mutiara Kata cicit Rasullullah s.a.w Imam Ibn Hussain ibn Ali ibn Abi TalibArtikel ini ditulis oleh Puan Mazlina Karim yang telah berjaya mendidik anak-anaknya dari bayi hingga dia boleh membaca al quran dan menghafal 30 surah al-quran pada umur 3 tahun.

Belaiu merupakan Ibu kepada 2 orang anak Darwish dan Darwisha.


Terima kasih kerana menyumbangkan artikel yang hebat ini.


Bagaimana Membantu Kanak-kanak Menghafal Surah-Surah Penting dan Panjang Dalam Al Quran 

Dalam membantu anak kita untuk mudah mengingati apa-apa surah yang akan dihafalnya,
cara saya tetap sama samada untuk surah pendek atau surah panjang.

Mulakan dengan membiasakan anak dengan MENDENGAR surah tersebut yang dibaca oleh qari yang kita sendiri suka akan lagu bacaannya.

Jadikan bacaan qari tersebut sebagai teman tidur dan teman perjalanan anak kita.

InsyaAllah, mudahlah untuk mereka menghafal sesuatu yang telah biasa didengar berulang kali.

Kemudian, baru ajar MEMBACA surah tersebut. Ajar hingga dia boleh MEMBACA dengan LANCAR/tiada kesalahan.

Kemudian, baru suruh anak MENGHAFAL.

Selalunya Darwisya dapat menghafal sehari dua selepas dia dapat membaca mana-mana surah dengan lancar samada surah panjang atau pendek.



Untuk diri saya, qari yang menyentuh hati saya adalah Qari dari Kuwait, Shaykh Mishary Rashid Ghareeb Mohammed Rashid Al-Afasy.

Mencari CD yang jelas bacaannya dipasaran agak sukar mungkin kerana telah di ulang salin/dubbing beberapa kali hingga bacaannya bergaung dan kurang jelas. Maka, jika qari ini juga kegemaran pembaca, cara terbaik untuk mendapatkan bacaan yang jelas dan berkualiti adalah 




1. Beli CD-R kosong (yang paling murah harga 70sen sekeping)


3. Pilih surah yang dikehendaki (free download yang dibenarkan). Setiap surah semasa kita download akan ada tercatit panjang masa surah tersebut. Jumlah masa dalam 1 CD-R adalah lebih kurang 70-80 minit sahaja. 

4. Untuk memindahkan download ke CD-R, pilih 'audio data' (for car and other general radio)

5. Dah siap..

Sebelum menidurkan anak, CD tersebut akan dipasang dengan perlahan di radio dan tekan mode 'repeat'. Ia akan 'mengaji' untuk anak kita sehingga dia terlena dan diteruskan hingga esok pagi.

 Pastikan volume perlahan(kalau kuat anak tak boleh tidur pula). Kita boleh pilih samada untuk diulang repeat satu surah sahaja atau atau diulang bacaan satu CD tersebut. 

Untuk di dalam kereta, saya letakkan CD surah yang telah dihafalnya supaya dia tidak lupa apa yang dihafalnya sebelum ini. Ini memastikan hafalan yang lepas terus kekal. Jika bila-bila masa saya membawa anak berjalan, ayat yang terhafal terdahulu yang akan saya pasang untuk mereka sepanjang perjalanan. Siaran radio atau CD lain hanya akan saya buka jika saya berseorangan memandu. 


Sekiranya anda tiada masa untuk mengumpulkan sendiri bacaan Al-quran itu, anda boleh dapatkan VCD Bacaan Al-quran DISINI








Mencorak anak-anak dalam pendidikan, akhlak, sahsiah diri bermula dari rumah, dari kita sebagai ibu dan bapa.

Ia bukan bermula di sekolah atau tadika. 


Memang ada tadika mahal dan tadika sederhana bayarannya tetapi semuanya sama iaitu mengajar kanak-kanak dalam bilangan ramai dan dalam masa yang serentak! Sedangkan setiap kanak-kanak itu adalah berlainan. Tiada guru yang boleh menandingi seorang ibu yang mengajar anaknya satu persatu dengan sabar hinggalah anak tersebut faham. 


Bagi saya, adalah salah untuk melihat wang semata-mata boleh membeli pendidikan dan menjamin anak tersebut menjadi seorang yang terdidik dan berjaya. 

Kita ambil kisah daripada Imam Shafie. Beliau dilahirkan dalam keluarga yang fakir di Palestin. Bapanya meninggal dunia ketika beliau berumur 2 tahun. Ibunya adalah seorang yang gigih dalam mendidik anaknya. Tiada tadika murah, sederhana atau mahal bagi ibu Imam Shafie, 

Hanya kegigihan beliau untuk mendidik anaknya hingga anaknya dapat menghafaz quran pada umurnya 7 tahun. Kemudian Imam Shafie berguru dengan beberapa ulama terkenal hinggalah beliau menjadi orang yang dikenali dengan kebijaksanaan ilmunya sehingga Mufti Mekah mengizinkan beliau memberi fatwa ketika masih berusia 15 tahun! 

Saya bersyukur kerana diberi Allah rezeki dan petunjuk untuk menghantar anak saya ke tadika Arab. Namun saya tetap tekankan kejayaan anak tetap bermula dari rumah. Darwisya ke tadika atau tidak, dan tadika tersebut arab atau bukan arab, dia tetap akan mengaji dan menghafal di rumah.

No comments:

Post a Comment