header

header

Wednesday, 28 December 2016

Lelaki : 1 dalam sejuta

Sy pernah jumpa.
Seorang lelaki yg betul2 hargai isteri dia. Tatang macam princess.

Layan isteri dia dgn lemah lembut.
Marah pun tak.
Tengok dia layan budak2, anak sendiri berhalus nya la.

kdg tertnya.
Mcm mn keluarga dia?
Mesti mak ayah dia treat dia mcm tu.

Ternyata betul.

Mak ayah dia layan org sekeliling mcm tu.
Lemah lembut.
Berhalus.

Jd mungkin anak lihat.
Dan terterap dalam minda dan diri anak tu.

Anak puanca rezeki dan rahmat allah swt

Anak.
Asbab rezeki kita melimpah limpah.
Rahmat allah masuk ke dalam rumah.

Tapi...kita masih xsabar dgn anak...kan?

Peluk cium anak dgn kasih syg.
Nak marah.
Istighfar.
Ingat balik saat kita menunggu saat2 kelahiran anak kita.

Betapa kita gembira sgt kan?

Sweet Capture : Buku Gambar Murah!

Bagi yg tinggal berhampiran cheras yg nak hantar softcopy gambar, blh juga anta via whatsapp / telegram/email. Atau Blh bg pendrive.

Dan bila buku gambar dah siap boleh ambil sekali dgn pendrive , cod di cheras blh bincang di mana.

Xkena cas penghantaran ya. Hee ^^

Blh whatsapp kami.

0129475925 (Puan Raihana)
0179143064 (Puan Rahayu)

#sweetcapture
#bukugambarmurah

Saturday, 17 December 2016

Tips 2 : "isteriku jagalah rumahku"

Tips ke 2.

Apa yg isteri perlu lakukan?

Apabila suami pulang dari bekerja, elakkan daripada membebankan fikirannya dan menyesakkan lagi perasaannya dirumah.

Isteri perlu memainkan peranan penting menjadi pengurus rumah yg berjaya dgn mengambil inisiatif yg positif,

Seperti ;

1. Menjaga kehormatan diri dan kehormatan suami sewaktu suami tiada di rumah.

2. Berhati hati malah bertanggungjawab menjaa harya benda kepunyaan suami serta memelihara rahsia rumah tangga jangan sampai diketahui umum.

3. Semasa di rumah, jangan melayan dan menerima tetamu terutamanya tetamu lelaki.

Keadaan ini tetap perlu dipelihara walaupun itu adalah ibu bapa sendiri, selagi tidak mendapat izin dan keredaan suami.

4. Jangan memberi sesuatu barang dari dalam rumah tanpa keizinan suami.

5. Jangan meninggalkan rumah tanpa izin suami terlebih dahulu.

6. Sentiasa berusaha membersihkan kawasan rumah, meletakkan pewangi dan selalu mengubah susun atur perabot di dalam rumah supaya sentiasa nampak tenang, segar, dan tidak jemu bagi penghuni untuk tinggal di dalamnya.

7. Hijaukan kawasan sekeliling rumah dgn tanaman pokok buah buahan dan pokok bungam

Tanaman bukan saja menyedapkan mata memandang malah menambahkan pengaliran oksigen bagi menyegarkan udara di dalam rumah.

8. Jika isteri bekerja, pastikan sebelum keluar rumah, segala urusan rumah tangga perlu diselesaikan dgn sempurna seperti makanan utk suami dan anak anak serta keadaan rumah yg kemas dan teratur.

9. Perbanyakkan beribadah dan berdoa di dalam rumah supa ahli di dalam rumah sentiasa dirahmati Allah swt dan dikurniakan rezeki yg banyak.

10. Sentiasa berusaha dan merancang program program kekeluargaan yg melibatkan semua anggota keluarga seperti program pendidikan, program riadah dan mesyuarat seisi keluarga.

11. Isteri perlu berfikiran kreatif bagi melahirkan suasana rumah yang harmoni dan pembinaan keluarga yg kondusif.

Petikan dari 30 luahan persaan Suami.
Dr Hasan Mohd Ali,Phd

Fungsi rumahku syurgaku part 2

Sambungan.

Kata Rasulullah itu jelas menggambarkan betapa besar pahala yg akan diperolehi oleh wanita wanita yg menjaga urusan rumah tangganya.

Wanita yg gagal memainkan peranan dengan berkesan menyebabkan suasana di dalam rumah menjadi hambar, membosankan dan menyebabkan suami dan anak anak mencari ketenangan di luar rumah.

Jangan salahkan mereka apabila ini terjadi.

Siapa tidak bosan jika setiap kali pulang dari kerja  mendapati rumah dalam keadaan yg berselerak dan hingar - bingar?

Setiap suami wajib menyediakan rumah sebagai tempat berlindung.

Rumah bg kebanyakkan lelaki adalah lambang keegoannya.

Justeru itu wajarlah bagi isteri menjadikan rumah sebagai syurga dunia suaminya.

Petikan : 30 luahan perasaan suami. Dr. Hasab mohd ali, Phd

Fungsi rumahku syurgaku part 1

Sebahagian besar daripada masa seseorang itu dihabiskan di rumah.

Rumah adalah tempat berehat, tempat menjalinkan kasih sayang sesama ahli keluarga, tempat beribadah, tempat berlindung dan yang paling utama rumah adalah "sekolah" pertama bagi anak anak.

Konsep "Rumahku syurgaku" perlu di ambil perhatian serius dan direalisasikan oleh para isteri kerana isteri wajib memikul tanggungjawab dalam menjaga dan meguruskan rumah tangga semasa suami keluar mencari rezeki.

Wanita yg salih dan baik adalah isteri yg taat kepada perintah suaminya dan menjaga harta suaminya, menjaga kesejahteraan rumahtangga dan maruah suaminya apabila suami tiada dirumah.

Dilaporkan bahawa aisyah pernah bertanya kepada Rasulullah saw mengenai jihad wanita.

Nabi saw berkata, (lebih kurang mcm ni),.

"Jihad bagi wanita adalah menunaikan haji dan mengatur rumah tangga."

#30 luahan perasaan suami. Dr Hasan Mohd ali, Ph.D.

Next post ->

Friday, 16 December 2016

Bahagia itu hanya yg rasai je tahu

Tak pernah rasa bahagia mcm ni even beribu masalah atas kepala.

Dengar anak pandai sebut allah allah allah,
Ya rasulullah.. Nabi muhammad saw.

Rasa macam keliling ibu penuh bunga mawar wanginya, tenangnya..

Sweet moment

Sy mmg suka mengumpul memory/moment every second.

Even perkara kecik pun rasa beria.

#momentitutakkanberulang
#capturethemoment
#myhobbies
#mymetime
#sweetcapture

Monday, 12 December 2016

Tips 1 : "Isteriku , iktiraflah kelakianku"

Terdapat pelbagai cara yang dapat dipraktikkan oleh isteri bagi mengiktiraf kelakian suami dengan sebenarnya,

Antaranya ialah :

1. Mengetahui dgn jelas & fahan mengenai hak dan kelebihan suami sebagai seorang lelaki.

Justeru itu, isteri perlu menambahkan pengetahuan keagamaan melalui pembacaan AlQuran bagi mengetahui dengan lebih jelas mengenai segala hak & kelebihan yg ditentukan oleh AlQuran kepada kaum lelaki.

2. Isteri perlu sentiasa mengetahui mengenai ciri-ciri tersendiri yg dimiliki oleh duami sebagai insan yg sebenar.

3. Isteri perlu menjiwai kelelakian suaminya.  Ini penting kerana apabila berjaya menjiwainya, maka mudahlah isteri memahami dan menerima realiti sebenar suaminya.

4. Isteri perlu sentiasa bermujahadah di samping bersangka baik pada suami.

5. Isteri perlu sentiasa mengekalkan sifat sabar dan reda dengan kelemahan dan kekurangan yg dimiliki oleh suami.

Contohnya :

Jika suami kurang bijak membuat keputusan, jangan mengkritik secara keterlaluan hingga menjatuhkan maruahnya.

Jika mahu menegur, lakukan dgn nasihat yg lembut ataupun dalam bentuk gurauan yg mudah diterima dan difahami oleh suami tanpa menggugat kredibilitinya.

6. Isteri perlu menerima dan mengiktiraf nilai nilai hidup yg diwarisinya serta perkara-perkara lain yang menjadi kepentingannya.

7. Sentiasa mengerti bahawa hak seorang suami pada isterinya amatlah besar termasuk hak untuk berpoligami dan sebagainya, selagi sesuatu itu tidak bercanggah dengan syariat.

8. Sentiasa mengeluarkan kata kata yg menggambarkan penerimaan dan penghargaan atas kehadiran suami dalam hidup, seperti :


"Abang sungguh bermakna dan penting dalam hidup saya."


Petikan dari : 30 Luahan Perasaan Suami , Hasan Mohd. ALI, Ph.D.


Ditaip oleh : Ahlia Redzuwan


Tangan sakit

Ibu baru siap bersihkan diri.

Aisyah dtg..sambil nangis.

"Ibu..ibu tangan kakak sakit...tangan kakak sepit (tersepit).."

"Layeke...ya allah..sian anak ibu...siapa buat kakak ni..?"

"Tangan kiri kakak (sambil muncungkan mulut)"

Ibu memang gelak suara gorila dah..kekeke

Friday, 9 December 2016

Surirumah

Surirumah : penatnya xboleh tukar ganti dgn wang ringgit. Sb xsemua mampu miliki.

Tak ternilai harganya berbanding dgn kepenatan seharian buat itu ini.

Penat badan.
Penat fikiran.
Penat mata.
Penat jari.
Penat kaki.
Penat mulut.

Ikhlas.
Kerana Allah.
Nak allah suka.

Biarpun xda nilai disisi hamba allah.

Friday, 25 November 2016

Tarik minat anak

Nak anak minat membaca alquran.
Ibu kena jd contoh dia.

Mcm sy nk tarik minat aisyah melukis.
Sy buat2 suka dan pndai melukis.
Hakikatnya xpndai pun.

Dah nampak dia minat.
Buat buku lukis dia sama sama.
Hias comel2.

Hehe sb aisyah byk belajar dr tgk gambar.
Dan suka sy cerita ttg gambar itu berkenaan apa.
Dia cpt ingat mcm ni..

Jenuh juga ibu nk cari idea.

Dari lukisan itu.
Byk sy kaitkan dgn sekeliling.
Yg positif yg mudah dia faham.

Belajar apa2 dr gmbr. Lukis dan kaitkan.

Sweet Capture. Capture the moment!

Comel x....😍

#sweetcapture
#stickerlabels

Balik kg! Melukis dlm kereta dgn ibu..

Ibu lukis.
Kakak pun lukis.

Semua yg ibu lukis aisyah dpt teka.. haha

Seronok sejak dia suka melukis ni.

Skg ni dlm.perjalan ke kampung...
Dalam kereta..

Wednesday, 23 November 2016

Rumah kertas jendela terbuka

Haritu ibu lukis rumah kertas dgn jendela terbuka.

Bila buka tingkap akan nampak muka aisyah.

Ada bbrp pic lain ibu susun.

Aisyah main.
Ketuk tingkap.
Bg salam..

Lukisan hasil tangan siti aisyah

Hasil lukisan malam tadi.

Buku aisyah : contengan

Orang tu ibu lukis.

Tp aisyah xsuka jika xda mata mulut hidung. Jd ibu tambah la.

Kemudian dia lukis sendiri jari tu. Hahaha ibu senyum puas.

kemudian minta ibu lukis ikan dan belon.

Mata belon aisyah lukis sendiri.

Makin seronok dia nk luahkan kawan imaginasi dia sejak ibu buat buku "its all about me".

Impak positif dan sgt baik pada siti aisyah.

Buku conteng aisyah

Suka conteng buku yg ibu buat.

Tersenyum ibu sepanjang malam.

Tuesday, 22 November 2016

DIY buku its all about me. Lakar saja.

Nak share ttg ni.

Buku it all about me. Siti aisyah.

Bg dia.
Lakar apa yg dia suka.
Ajar dia tekap guna item yg ada. Mainan dia..

Sgt bermakna utk ibu semua ni.

Belajar kenal mewarna dalam masa 10 minit.

Simple je permainan ni.

Dan anak anak memang suka bermain right?

" Aisyah...kejar bola hijau / green !"
" Aisyah...kejar bola  merah / red!"
"Aisyah...kejar bola kuning/ yellow !"

Jika salah. Tegur dgn betulkan.

Well done.

Rindu kampung..

Tengok kelapa pun dah angau ibu ni.

Terus rasa angin sepoi sepoi kat kampung.
Kesejukkan pagi kat kampung.

Nyamuk banyak pun. Relaks je.

Haha

Hargai masa dengan anak.

Status 2015.

By Ryhan Musa

1— Jika melihat anakmu menangis, jangan buang waktu untuk mendiamkannya. Cuba tunjuk burung atau awan di atas langit agar dia melihatnya, dia akan terdiam. Kerana psikologi manusia saat menangis, adalah menunduk.

2— Jika ingin anak-anakmu berhenti bermain, jangan berkata: "Dah, sudah main, stop sekarang!". Tapi katakan kepada mereka: "Main 5 minit lagi yaaa". Kemudian ingatkankembali:"Dua minit lagi yaaa". Kemudian barulah katakan:"Dah, waktu main sudah habis". Mereka akan berhenti bermain.

3— Jika anak-anak sedang bertelingkah atau menyebabkan keadaan riuh di sesuatu tempat, dan engkau ingin mengalih perhatian mereka, maka katakanlah: "siapa yang mau mendengar cerita ibu? angkat tangan..". Salah seorang akan mengangkat tangan, kemudian disusul dengan anak-anak yang lain, dan semuanya akan diam.

4— Katakan kepada anak-anak sewaktu mahu tidur:"tidur sayang.. besok pagi kan kita sholat subuh", maka perhatian mereka akan selalu ke akhirat. Jangan berkata: "Jom tidur, besok kan sekolah", akhirnya mereka tidak sholat subuh kerana perhatiannya adalah dunia.

5— Nikmati masa kecil anak-anakmu, kerana waktu akan berlalu sangat cepat. Kenakalan dan kekanak-kanakanmereka tidak akan lama, ia akan menjadi kenangan. Bermainlah bersama mereka, tertawalah bersama mereka, berguraulah bersama mereka.

6— Tinggalkan HP seketika, dan matikan juga TV. Jika ada teman yang menelefon urusan tak penting, katakan:"Maaf, saya sedang sibuk dengan anak-anak". Semua ini tidak menyebabkan jatuhnya wibawamu, atau hilangnya keperibadianmu.Orang yang bijaksana tahu bagaimana caramenyeimbangkan segala sesuatu dan menguasai pendidikan anak.

Selain itu, jangan lupa berdoa dan bermohon kepada Allah. Dengarkan doa kita didepan anak-anak supaya mereka tahu betapa pentingnya mereka pada kita.

#aisysmom #aisyaryssa #aisyasyraf

Jom tempah sebelum semua gambar hilang!!

Ramai yang sedih bila semua gambar hilang.
Sebab asyik menunggu je utk dimuatkan dlm album kan.

Jadi.. upah kami!! Kami tawarkan dgn harga yg berbaloi....

Jom jom!! Bagi gambar dulu kami susun dan tgk hasilnya...😍😍😍

Blh hubungi :

012-9475925 (Puan hana)
017-9143064 (Puan Ayu)

Muhammad ilyas tidur dalam iman..

Alhamdulillah..tidur dengan iman.....haha

Bukan cacing ya ibu...😂😂😂

Monday, 21 November 2016

Fonik m s k t y, nombor 12345

Betul kata pakar.

Ttg ajar anak santai2 dr kecik melalui kad imbas / bacaan buku / audio / video.

One fine day.

Kita akan dpt feedback yg tak disangka sangka.
Kuat ingatan anak anak ni sebenarnya.

Cuma nak share je cara ajar aisyah.
Dia jenis xsuka ngadap buku lelama.

Masih belajar. Dan sy langsung xda pengalaman ajar anak kenal huruf. Yg tahu basuh berak anak je belajar sebelum kawen. Haha

Alhamdulillah.

Baru dua hari lekatkan ni.

Dah ingat dn izin allah. Dia ingat sikit2 je pd awalnya sebelum ajar...

Before ni ibu fokus pd huruf hijaiyah.

Abc lebih kpd audio / video / kad imbas itupun hold hampir setahun sb pregnant dan pantang kan muhammad ilyas. Jd tempoh tu byk buat aktiviti fine motor , baca buku cerita.

Alhamdulillah kita melangkah ke next step pula...

#nombor
#huruf

Friday, 18 November 2016

Fonik a

Hana nak kongsikan cara main game board ni.

Ayam tu boleh cabut.
Begitu juga huruf a.

Dibelakangnya dilekatkan dengan TACK-IT.

jadi memudahkan utk anak lekat dan cabut sambil buat bunyi huruf.

#activityathome

Aktiviti harini - rumah kertas

Rumah kertas saya.

Thursday, 17 November 2016

Sideburn muhammad ilyas - 10 bulan 20 hari

Sideburn hero hindustan..
Hihi

Entah bila la ade peluang potong rambut muhammad ilyas ni...

Wednesday, 16 November 2016

Kali kedua pukul telur - mee goreng

Kali kedua tolong ibu pecahkan telur - kacau sebati.

Kali pertama tunjuk pada aisyah cara goreng telur.

Kali kedua tunjuk cara masukkan telur dalam mee goreng.

Jadi..part2 pukul telur serah je pd aisyah.

Yeay.....

Makin maju assisstant ibu ni..

#activityathome

New chapter. Kasrah lazim.

Masuk tajuk kasrah lazim.

Ada yg boleh dibezakan.
Ada yg kadang2 dia komfius.

Hehe seronok pula.

Salam maghrib.

Telur pertama yg siti aisyah hasilkan

Hari pertama belajar pecah telur dan pukul telur hingga sebati..

Ada tumpah tumpah juga....

Next try better lagi ok...

Tuesday, 15 November 2016

Penting untuk ibu ibu

From Er NiNa Ri

Penting kita para wanita, ibu terutamanya ada semangat berbuat amal soleh. Supaya dapat membentuk anak-anak.

Tapi hari ini, jika kita besarkan mereka bertentangan dengan kehendak agama ataupun lalai tak pedulikan agama maka tidak dapat kita bayangkan apakah kesannya nanti.

Anak ibarat kain putih. Ibu bapa adalah pelukisnya. Kita yang akan mencorakkan mereka. Setiap ibu bapa pastilah mahu yang terbaik untuk anak. Tiada yang mahu gagal.

Jadi kita letakkan keutamaan. Dalam mencorakkan, nak mereka jadi macam mana. Besarkan dengan kebendaan? Risau-risau dewasa nanti anak hanya sibuk kejar dunia. kita nak kasih-sayang mereka tapi mereka sibuk mengumpul harta.

Kita tak ajar anak kenal Allah. Tak ajar solat. Tak ajar semua itu. Mungkin kita tunggu hantar ke sekolah nanti biar ustazah yang ajar. Sebab kita tak pandai. Bila kita tahu, kita tak pandai maka kita belajar. Sekolah pertama anak adalah di rumah. Guru pertama adalah ibu.

Bila tak ajar anak kenal Allah, mudah-mudahan mereka tetap menitipkan doa bila kita sudah tidak ada di dunia ini lagi.

Anak-anak kalau kita tidak latih kelak kita akan letih.
Semoga Allah jauhkan.

Aisyah buat pijaaa (pizza)

"Aisyah..aisyah ape tu?"

"Ibu..ibu jangan..jangan..panas..panas..."

(ibu dah tahan gelak ni..)

""Ohh..aisyah masak pizza keee..?"

"Aah..piijaa.."

"Ok..ibu nak satu ya pizza.."

"Ok kejap kejap.."

(Dia g kat meja ibu konon2 kaunter...)

"Abg..piija satu.... (pastu ngomel sorg2..)"

Siap..

" k.hana..k.hana..letak sini..piija..makan..makan.."

(Haku dah tergolek gelak...)

Panggil ibu k.hana ye..ish ish ish..

Kenal nombor 1-5

Sambil sambil ibu lipat baju kemas bilik.

Tunjuk2 je kat aisyah nombor 1-5.

Bilang 1-10 dah boleh.
Cuma belum kenal huruf secara tepat.
Tertukar aje...

Salah 1 cara kenalkan mcm ni je..
Cepat dpt.

#activityathome

Salah erti

Nak maghrib ni ternampak 1 perkara yg ibu ibu dok bincang yg buat hana geli hati..

"Kalau dulu ibubapa risau , anak 7 tahun xreti membaca...tapi zaman skg ibubapa risau umur 3tahun xpandai xpandai baca lagi...."

Huhu geleng pale....

Sian anak anak....

Benda nak ajar happy happy sambil belajar dah jadi tertekan bila ibubapa salah erti dan ada sifat bersaing.

Ya allah..

Berilah kefahaman ya allah.

Dapat "kaki"

Sejak "dapat kaki" (sindiran org tua-tua) ni..

Kemain...

Asal mandi je...
Boleh keluar lari xnak mandi...sejukkk.

Asal nak pakaikan pampes, baju....
Larii..

Apa-apa ibu nak buat.

Taktik dia " lariiiii....."

Panjang akai sungguh aok ye.

#catatanibubaruanakduanaktambahramailagi. Kahkahkah

Sunday, 13 November 2016

Kad di dinding

Salah 1 cara yg sy apply kat aisyah yg dia boleh belajar sambil main.

Memang sy suka tampal kat dinding any alphabet nombor gambar perkataan dan sebagainya.

Baca buku ngadapnya seminit je..

Mudah bosan org kata.

Memandangkam komitment ibu byk dalam masa 24jam ni.

Jd kenalpasti anak jenis mcm mn.

Jd ni salah satu cara sambil lalu je ibu boleh ajar.

Lagi satu cara aisyah memang suka belajar sambil berlari. Kejar kejar...

Tapi ibu xkurus jugak..haha

Dalam sehari anak kenal 5 huruf ni.

Lagi baik jika rutin kan.

Cepat dapat.

Ibu ajar sambil sambil kemas rumah masak dan buat kerja.

Saturday, 12 November 2016

Wall deco with aisyah (belum siap)

Hari sabtu nye aktiviti.

Aisyah sukaa..

Ibu gunting bunga.
Actually aktiviti lebih kepada kenal warna.

Baru 3% siap.

Aisyah dah mengantuk.
Main dari pagi dgn muhammad ilyas.

Ibu pun nak tidur skjp sebelum zohor.

Friday, 11 November 2016

Tuala kakak tuuu...

Jalan jalan kat pinterest.

Alolo comel nye tuala baby ni..

Teringat  pulak masa aisyah mandi td.

lepas mandi td.
Ibu malas nk bangun ambil tuala ilyas.

Jd ambil tuala aisyah je.

"Ibuu..tu tuala kakak la..."

Dah pandai kawal barang dia haaa.

Mengucap dengan baik.

"Ilyas buat tumpah air ibu. laa ila ha illallah muhammaddarrasullullah.... kesian ibu..penat ha..."

Said aisyah.

Haha mengucap panjang.

Aiskrim bandung homemade dengan aisyah

#catatanibu

Semua perkara yg ibu catat.
Semoga ibu ada kesempatan lagi utk baca hingga anak anak ibu besar.

Harini ibu buat aiskrim utk seisi rumah.

Mulanya agak xberani nak buat dgn aisyah.

Takut dia xsabar.

Berapa kali request nak makan.
Bila pegang aiskrim lembik.
Dia sendiri letak dlm peti ais.

Next time kita buat lagi.
Sb bg kerjasama yg bagus.

Indah nya perkahwinan

Sebelum kawen.
Bercinta.
Indah nya lain.
Tiap hari bunga bunga cinta.

Selepas bernikah.
Indahnya lain.

Ada yg makin menjadi merajuk. Makan hati.
Ada pula yg makin indah dan bahagia.

Kan?

Peluk lah ia dgn kesabaran. Kasih sayang. Cinta.

Tambahkan buat semua kerana Allah swt
Layan suami kerana allah swt.
Suka minat suami kerana allah swt.
Layan anak anak kerana kasih syg, cinta kepada suami kerana allah swt.

Buat semua kerana allah.
Pasti lancar.
Tenang.

Sedikit ujian itu biasa.
Kerana kita hamba mmg selayaknya diuji.

Wednesday, 9 November 2016

Perkembangan 2 tahun 4 bulan 28 hari

Nampak perubahan dua minggu ni.

Saja buat eksperimen utk tgk aisyah alert atau x.

1. Jika keluar rumah perkara penting dia ingat : baju kakak. Seluar kakak. Tudung kakak. Kopiah adik. Kalau tv masih belum tutup dia akan ambil remote bg ibu minta tutup. Pakai selipar.

2. Dah suka cabut sendiri pampes, masih belum pandai bungkus pampes.

3. Tahu beza sampah. Kertas yg koyak dibuang.

4. Ttg makanan jika nmpak merah je..' pedas ibu..pedasss.."

5. Dah tahu abah keluar rumah. "Abah g keyL..abah kerja.."

6. Test bg anak patung. Sedia maklum anak patung buang air besar. Dibasuhnya pula. Sebiji buat mcm ibu layan dia. Isi minyak. Pakai pampes. Nak tidur kan patung dukung dulu dan isi dlm buai.

7. Dah mula minat utk pakai baju sndri sejak balik dr kg.

8. Naik kereta abah bacakan doa. Nampak dah lancar baca doa naik kenderaan.

9. Fasih tutur utk bezakan brg ibu. Brg ilyas dan brg abah.

10. Belajar kena sambil bermain. Sudah xberapa fokus jika mengadap buku.

Apa lagu ya... nti igt ibu edit.

#notedutkibu

Ibu akan baca setahun dari skg lg benda ni..hehe

Tuesday, 8 November 2016

Hasilnya. Doll house paper budget.

Hasil comot sikit sb buat dgn 2 anak comel ni...hihi

Dah mcm apa dah kawal muhammad ilyas..nk conteng jugakk..hehe

Boleh la utk pretend play kan.

Nti just buat paper doll. Rumput. Pokok.

Buat dgn kasih syg sgt ni. Sgt2.

Doll house

Doll house.

Xsbr nk tgu siap

Dandan / jalin rambut

Saat yg dinanti ibu.

"pretend play."

Kdg kdg jadi

Cikgu
Emak
Doktor

Harini nk jalin rambut elsa pulakkkkk...

Xpa..ibu sukaaa..haha

Monday, 7 November 2016

Pop up activity

Nak buat Pop-up tapi xjd sangat.

Mcm ni pun boleh la.

Baru siap 90%.