header

header

Tuesday, 31 May 2016

Ebit lew Wanita Jahil Berubah

Seorang kakak yang mengikuti saya dari mula dulu di fb ini. Sebab dia ingat post saya yang dulu-dulu lagi. Dia tak pernah solat. Tak suka pakai tudung sebab rasa ketinggalan. Dia cuma mengikut kesukaan suaminya. Sehingga satu hari dia tak tahan dengan perangai suaminya.

Suaminya banyak perempuan lain. Tak tahu sejauh mana perhubungan mereka. Tak peduli perasaannya. Suaminya jahil dan tak pernah solat. Suaminya minum arak. 

Kakak ni bercerita satu hari katanya kali pertama teringin nak solat selepas dengar saya di ikim. Suka baca pasal bahagianya orang berubah di fb saya. Segala puji bagi Allah.

Rajin baca buku pasal solat. Seronok dapat solat malam seorang diri mengadu padanya. Dia mula baca Al-Quran terjemahan kerana tak boleh membaca. Setiap kali bila ada masalah jer segera solat hajat 2 rakaat minta pada Allah. Katanya betul ustaz. Hati saya lapang dan terasa dalam pimpinannya. Rada lapang hatim tenang jer.

Saya Allah beri kuat dalam niat membesarkan anak-anak.. Anaknya mula hafal Al-Quran. Dia bawa 3 anaknya belajar Al-Quran. Cita-citanya nak anaknya menjadi hafiz dan alim. Dia menjadi kuat disebabkan anak-anaknya. Dia nak anak dia berjaya dan bahagia dunia akhirat..

Dia gembira melihat perubahan anaknya melalui amalan Ta'lim. Sehingga suaminya duduk Ta'lim bersamanya. Dia istiqamah hidupkan Ta'lim 6 bulan. Suaminya datang bersamanya keluargasunnah baru-baru ini.

Suaminya bisik dekat telinga saya. Boleh saya peluk ustaz. Dia peluk saya menangis. Terima kaseh ustaz. Dia menangis. Saya rindu pada Allah. Saya rindu padanya. Saya salah pada keluarga saya. Saya salah pada isteri saya. Saya terhutang budi pada isteri saya. Dia menangis untuk saya setiap hari. Ya Allah..

Seluruh masalah hidup ini Allah selesaikan bila kita balik padanya. Allah pasti mudahkan semuanya

No comments:

Post a Comment