header

header

Wednesday, 28 December 2016

Lelaki : 1 dalam sejuta

Sy pernah jumpa.
Seorang lelaki yg betul2 hargai isteri dia. Tatang macam princess.

Layan isteri dia dgn lemah lembut.
Marah pun tak.
Tengok dia layan budak2, anak sendiri berhalus nya la.

kdg tertnya.
Mcm mn keluarga dia?
Mesti mak ayah dia treat dia mcm tu.

Ternyata betul.

Mak ayah dia layan org sekeliling mcm tu.
Lemah lembut.
Berhalus.

Jd mungkin anak lihat.
Dan terterap dalam minda dan diri anak tu.

Anak puanca rezeki dan rahmat allah swt

Anak.
Asbab rezeki kita melimpah limpah.
Rahmat allah masuk ke dalam rumah.

Tapi...kita masih xsabar dgn anak...kan?

Peluk cium anak dgn kasih syg.
Nak marah.
Istighfar.
Ingat balik saat kita menunggu saat2 kelahiran anak kita.

Betapa kita gembira sgt kan?

Sweet Capture : Buku Gambar Murah!

Bagi yg tinggal berhampiran cheras yg nak hantar softcopy gambar, blh juga anta via whatsapp / telegram/email. Atau Blh bg pendrive.

Dan bila buku gambar dah siap boleh ambil sekali dgn pendrive , cod di cheras blh bincang di mana.

Xkena cas penghantaran ya. Hee ^^

Blh whatsapp kami.

0129475925 (Puan Raihana)
0179143064 (Puan Rahayu)

#sweetcapture
#bukugambarmurah

Saturday, 17 December 2016

Tips 2 : "isteriku jagalah rumahku"

Tips ke 2.

Apa yg isteri perlu lakukan?

Apabila suami pulang dari bekerja, elakkan daripada membebankan fikirannya dan menyesakkan lagi perasaannya dirumah.

Isteri perlu memainkan peranan penting menjadi pengurus rumah yg berjaya dgn mengambil inisiatif yg positif,

Seperti ;

1. Menjaga kehormatan diri dan kehormatan suami sewaktu suami tiada di rumah.

2. Berhati hati malah bertanggungjawab menjaa harya benda kepunyaan suami serta memelihara rahsia rumah tangga jangan sampai diketahui umum.

3. Semasa di rumah, jangan melayan dan menerima tetamu terutamanya tetamu lelaki.

Keadaan ini tetap perlu dipelihara walaupun itu adalah ibu bapa sendiri, selagi tidak mendapat izin dan keredaan suami.

4. Jangan memberi sesuatu barang dari dalam rumah tanpa keizinan suami.

5. Jangan meninggalkan rumah tanpa izin suami terlebih dahulu.

6. Sentiasa berusaha membersihkan kawasan rumah, meletakkan pewangi dan selalu mengubah susun atur perabot di dalam rumah supaya sentiasa nampak tenang, segar, dan tidak jemu bagi penghuni untuk tinggal di dalamnya.

7. Hijaukan kawasan sekeliling rumah dgn tanaman pokok buah buahan dan pokok bungam

Tanaman bukan saja menyedapkan mata memandang malah menambahkan pengaliran oksigen bagi menyegarkan udara di dalam rumah.

8. Jika isteri bekerja, pastikan sebelum keluar rumah, segala urusan rumah tangga perlu diselesaikan dgn sempurna seperti makanan utk suami dan anak anak serta keadaan rumah yg kemas dan teratur.

9. Perbanyakkan beribadah dan berdoa di dalam rumah supa ahli di dalam rumah sentiasa dirahmati Allah swt dan dikurniakan rezeki yg banyak.

10. Sentiasa berusaha dan merancang program program kekeluargaan yg melibatkan semua anggota keluarga seperti program pendidikan, program riadah dan mesyuarat seisi keluarga.

11. Isteri perlu berfikiran kreatif bagi melahirkan suasana rumah yang harmoni dan pembinaan keluarga yg kondusif.

Petikan dari 30 luahan persaan Suami.
Dr Hasan Mohd Ali,Phd

Fungsi rumahku syurgaku part 2

Sambungan.

Kata Rasulullah itu jelas menggambarkan betapa besar pahala yg akan diperolehi oleh wanita wanita yg menjaga urusan rumah tangganya.

Wanita yg gagal memainkan peranan dengan berkesan menyebabkan suasana di dalam rumah menjadi hambar, membosankan dan menyebabkan suami dan anak anak mencari ketenangan di luar rumah.

Jangan salahkan mereka apabila ini terjadi.

Siapa tidak bosan jika setiap kali pulang dari kerja  mendapati rumah dalam keadaan yg berselerak dan hingar - bingar?

Setiap suami wajib menyediakan rumah sebagai tempat berlindung.

Rumah bg kebanyakkan lelaki adalah lambang keegoannya.

Justeru itu wajarlah bagi isteri menjadikan rumah sebagai syurga dunia suaminya.

Petikan : 30 luahan perasaan suami. Dr. Hasab mohd ali, Phd

Fungsi rumahku syurgaku part 1

Sebahagian besar daripada masa seseorang itu dihabiskan di rumah.

Rumah adalah tempat berehat, tempat menjalinkan kasih sayang sesama ahli keluarga, tempat beribadah, tempat berlindung dan yang paling utama rumah adalah "sekolah" pertama bagi anak anak.

Konsep "Rumahku syurgaku" perlu di ambil perhatian serius dan direalisasikan oleh para isteri kerana isteri wajib memikul tanggungjawab dalam menjaga dan meguruskan rumah tangga semasa suami keluar mencari rezeki.

Wanita yg salih dan baik adalah isteri yg taat kepada perintah suaminya dan menjaga harta suaminya, menjaga kesejahteraan rumahtangga dan maruah suaminya apabila suami tiada dirumah.

Dilaporkan bahawa aisyah pernah bertanya kepada Rasulullah saw mengenai jihad wanita.

Nabi saw berkata, (lebih kurang mcm ni),.

"Jihad bagi wanita adalah menunaikan haji dan mengatur rumah tangga."

#30 luahan perasaan suami. Dr Hasan Mohd ali, Ph.D.

Next post ->

Friday, 16 December 2016

Bahagia itu hanya yg rasai je tahu

Tak pernah rasa bahagia mcm ni even beribu masalah atas kepala.

Dengar anak pandai sebut allah allah allah,
Ya rasulullah.. Nabi muhammad saw.

Rasa macam keliling ibu penuh bunga mawar wanginya, tenangnya..

Sweet moment

Sy mmg suka mengumpul memory/moment every second.

Even perkara kecik pun rasa beria.

#momentitutakkanberulang
#capturethemoment
#myhobbies
#mymetime
#sweetcapture

Monday, 12 December 2016

Tips 1 : "Isteriku , iktiraflah kelakianku"

Terdapat pelbagai cara yang dapat dipraktikkan oleh isteri bagi mengiktiraf kelakian suami dengan sebenarnya,

Antaranya ialah :

1. Mengetahui dgn jelas & fahan mengenai hak dan kelebihan suami sebagai seorang lelaki.

Justeru itu, isteri perlu menambahkan pengetahuan keagamaan melalui pembacaan AlQuran bagi mengetahui dengan lebih jelas mengenai segala hak & kelebihan yg ditentukan oleh AlQuran kepada kaum lelaki.

2. Isteri perlu sentiasa mengetahui mengenai ciri-ciri tersendiri yg dimiliki oleh duami sebagai insan yg sebenar.

3. Isteri perlu menjiwai kelelakian suaminya.  Ini penting kerana apabila berjaya menjiwainya, maka mudahlah isteri memahami dan menerima realiti sebenar suaminya.

4. Isteri perlu sentiasa bermujahadah di samping bersangka baik pada suami.

5. Isteri perlu sentiasa mengekalkan sifat sabar dan reda dengan kelemahan dan kekurangan yg dimiliki oleh suami.

Contohnya :

Jika suami kurang bijak membuat keputusan, jangan mengkritik secara keterlaluan hingga menjatuhkan maruahnya.

Jika mahu menegur, lakukan dgn nasihat yg lembut ataupun dalam bentuk gurauan yg mudah diterima dan difahami oleh suami tanpa menggugat kredibilitinya.

6. Isteri perlu menerima dan mengiktiraf nilai nilai hidup yg diwarisinya serta perkara-perkara lain yang menjadi kepentingannya.

7. Sentiasa mengerti bahawa hak seorang suami pada isterinya amatlah besar termasuk hak untuk berpoligami dan sebagainya, selagi sesuatu itu tidak bercanggah dengan syariat.

8. Sentiasa mengeluarkan kata kata yg menggambarkan penerimaan dan penghargaan atas kehadiran suami dalam hidup, seperti :


"Abang sungguh bermakna dan penting dalam hidup saya."


Petikan dari : 30 Luahan Perasaan Suami , Hasan Mohd. ALI, Ph.D.


Ditaip oleh : Ahlia Redzuwan


Tangan sakit

Ibu baru siap bersihkan diri.

Aisyah dtg..sambil nangis.

"Ibu..ibu tangan kakak sakit...tangan kakak sepit (tersepit).."

"Layeke...ya allah..sian anak ibu...siapa buat kakak ni..?"

"Tangan kiri kakak (sambil muncungkan mulut)"

Ibu memang gelak suara gorila dah..kekeke

Friday, 9 December 2016

Surirumah

Surirumah : penatnya xboleh tukar ganti dgn wang ringgit. Sb xsemua mampu miliki.

Tak ternilai harganya berbanding dgn kepenatan seharian buat itu ini.

Penat badan.
Penat fikiran.
Penat mata.
Penat jari.
Penat kaki.
Penat mulut.

Ikhlas.
Kerana Allah.
Nak allah suka.

Biarpun xda nilai disisi hamba allah.