header

header

Saturday, 17 December 2016

Fungsi rumahku syurgaku part 1

Sebahagian besar daripada masa seseorang itu dihabiskan di rumah.

Rumah adalah tempat berehat, tempat menjalinkan kasih sayang sesama ahli keluarga, tempat beribadah, tempat berlindung dan yang paling utama rumah adalah "sekolah" pertama bagi anak anak.

Konsep "Rumahku syurgaku" perlu di ambil perhatian serius dan direalisasikan oleh para isteri kerana isteri wajib memikul tanggungjawab dalam menjaga dan meguruskan rumah tangga semasa suami keluar mencari rezeki.

Wanita yg salih dan baik adalah isteri yg taat kepada perintah suaminya dan menjaga harta suaminya, menjaga kesejahteraan rumahtangga dan maruah suaminya apabila suami tiada dirumah.

Dilaporkan bahawa aisyah pernah bertanya kepada Rasulullah saw mengenai jihad wanita.

Nabi saw berkata, (lebih kurang mcm ni),.

"Jihad bagi wanita adalah menunaikan haji dan mengatur rumah tangga."

#30 luahan perasaan suami. Dr Hasan Mohd ali, Ph.D.

Next post ->

No comments:

Post a Comment