header

header

Monday, 12 December 2016

Tips 1 : "Isteriku , iktiraflah kelakianku"

Terdapat pelbagai cara yang dapat dipraktikkan oleh isteri bagi mengiktiraf kelakian suami dengan sebenarnya,

Antaranya ialah :

1. Mengetahui dgn jelas & fahan mengenai hak dan kelebihan suami sebagai seorang lelaki.

Justeru itu, isteri perlu menambahkan pengetahuan keagamaan melalui pembacaan AlQuran bagi mengetahui dengan lebih jelas mengenai segala hak & kelebihan yg ditentukan oleh AlQuran kepada kaum lelaki.

2. Isteri perlu sentiasa mengetahui mengenai ciri-ciri tersendiri yg dimiliki oleh duami sebagai insan yg sebenar.

3. Isteri perlu menjiwai kelelakian suaminya.  Ini penting kerana apabila berjaya menjiwainya, maka mudahlah isteri memahami dan menerima realiti sebenar suaminya.

4. Isteri perlu sentiasa bermujahadah di samping bersangka baik pada suami.

5. Isteri perlu sentiasa mengekalkan sifat sabar dan reda dengan kelemahan dan kekurangan yg dimiliki oleh suami.

Contohnya :

Jika suami kurang bijak membuat keputusan, jangan mengkritik secara keterlaluan hingga menjatuhkan maruahnya.

Jika mahu menegur, lakukan dgn nasihat yg lembut ataupun dalam bentuk gurauan yg mudah diterima dan difahami oleh suami tanpa menggugat kredibilitinya.

6. Isteri perlu menerima dan mengiktiraf nilai nilai hidup yg diwarisinya serta perkara-perkara lain yang menjadi kepentingannya.

7. Sentiasa mengerti bahawa hak seorang suami pada isterinya amatlah besar termasuk hak untuk berpoligami dan sebagainya, selagi sesuatu itu tidak bercanggah dengan syariat.

8. Sentiasa mengeluarkan kata kata yg menggambarkan penerimaan dan penghargaan atas kehadiran suami dalam hidup, seperti :


"Abang sungguh bermakna dan penting dalam hidup saya."


Petikan dari : 30 Luahan Perasaan Suami , Hasan Mohd. ALI, Ph.D.


Ditaip oleh : Ahlia Redzuwan


No comments:

Post a Comment