header

header

Saturday, 17 December 2016

Tips 2 : "isteriku jagalah rumahku"

Tips ke 2.

Apa yg isteri perlu lakukan?

Apabila suami pulang dari bekerja, elakkan daripada membebankan fikirannya dan menyesakkan lagi perasaannya dirumah.

Isteri perlu memainkan peranan penting menjadi pengurus rumah yg berjaya dgn mengambil inisiatif yg positif,

Seperti ;

1. Menjaga kehormatan diri dan kehormatan suami sewaktu suami tiada di rumah.

2. Berhati hati malah bertanggungjawab menjaa harya benda kepunyaan suami serta memelihara rahsia rumah tangga jangan sampai diketahui umum.

3. Semasa di rumah, jangan melayan dan menerima tetamu terutamanya tetamu lelaki.

Keadaan ini tetap perlu dipelihara walaupun itu adalah ibu bapa sendiri, selagi tidak mendapat izin dan keredaan suami.

4. Jangan memberi sesuatu barang dari dalam rumah tanpa keizinan suami.

5. Jangan meninggalkan rumah tanpa izin suami terlebih dahulu.

6. Sentiasa berusaha membersihkan kawasan rumah, meletakkan pewangi dan selalu mengubah susun atur perabot di dalam rumah supaya sentiasa nampak tenang, segar, dan tidak jemu bagi penghuni untuk tinggal di dalamnya.

7. Hijaukan kawasan sekeliling rumah dgn tanaman pokok buah buahan dan pokok bungam

Tanaman bukan saja menyedapkan mata memandang malah menambahkan pengaliran oksigen bagi menyegarkan udara di dalam rumah.

8. Jika isteri bekerja, pastikan sebelum keluar rumah, segala urusan rumah tangga perlu diselesaikan dgn sempurna seperti makanan utk suami dan anak anak serta keadaan rumah yg kemas dan teratur.

9. Perbanyakkan beribadah dan berdoa di dalam rumah supa ahli di dalam rumah sentiasa dirahmati Allah swt dan dikurniakan rezeki yg banyak.

10. Sentiasa berusaha dan merancang program program kekeluargaan yg melibatkan semua anggota keluarga seperti program pendidikan, program riadah dan mesyuarat seisi keluarga.

11. Isteri perlu berfikiran kreatif bagi melahirkan suasana rumah yang harmoni dan pembinaan keluarga yg kondusif.

Petikan dari 30 luahan persaan Suami.
Dr Hasan Mohd Ali,Phd

No comments:

Post a Comment